Tukang Ikut

Jumaat, Mac 11, 2011

TERIMA KASIH SEGALANYA

Dulu masa mula-mula en suami jatuh sakit semua orang datang tengok. Sedih, menangis dan simpati. Terima kasih. Bila suami masuk wad me pula mengandung anak kedua tiga bulan. Semua suruh jaga diri tabahkan hati. Terima kasih lagi. En suami di tahan di Hospital Muar 2 bulan. Anak sulung kak ipar yang jaga. Sangat me hargai. Terima kasih juga. Kemudian en suami di pindahkan ke HKL, anak tetap kak ipar dan mak me tolong jaga lagi. Terima kasih. Bila dah keluar hospital kami semua balik ke rumah. Sementara en suami nak stabil, anak sedara dan kak ipar teman kat umah sambil tengok-tengok kami. Sangat hargai. Terima kasih. Dan sekarang en suami boleh berdikari dan kembali bekerja. Kami juga sekarang sudah setahun lebih di kampung suami. Harap-harap bila di kampung dekat dengan saudara boleh juga minta tolong itu dan ini. Tetapi semua seolah menyepi kan diri. Nak minta tolong pun kami segan sebab takmau menyusahkan mereka. Seboleh mungkin cuba gagahi dan tempuhi. Cuma bila perlu sangat-sangat baru kami menagih simpati. Tak sangka sampai macam ni. Oh..mungkin kami lupa. En suami dah cacat.
Siapa nak ambil peduli. Kalau tolong pun bukannya ada pulangan kemudian hari. Kalau ada pun mungkin esok lusa ungkit itu dan ini. Takpelah..nanti kami semua mati tentu mereka akan datang juga nanti. Terima kasih yer atas semua pertolongan yang diberi selama ini. Kami tak mampu nak bagi wang atau harta sebagai ganti. Semua jasa kalian amat kami hargai. Insyaallah..Allah maha mengetahui. Semoga Allah membalas jasa kalian nanti.

p/s : sampai hati mesej me macam ni...=(

7 ulasan:

  1. be strong! neyh asam garam hidup....
    ~~duri hari ini bunga hari esok~~
    ^_________^

    BalasPadam
  2. ya Allah murahkan rezeki atas keluarga ini,tabahkan keluarga ini setabah nabi ayub....amin

    BalasPadam
  3. cikki..tak sabar nak tunggu hari esok..=)

    muaz..mekasih dik...amin..=)

    BalasPadam
  4. sabar..ini semua dugaan..perkara biasa dalam lumrah kehidupan sekarang...tiada balasan no help (bagi sesetengah org)..bukan semua macam tu..apa yang penting sabar dan tabah dalam hadapi dugaan, jgn cepat berputus asa..

    BalasPadam
  5. waWA..mekasih..masih terus bersabar walau sedey..

    BalasPadam
  6. sedihnya.....jaga diri elok2.begitu juga en suami. ok.harap awak tabah.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails