Tukang Ikut

Isnin, Mac 28, 2011

HUJAN + ANGIN = RIBUT

Wah...sangat takut lak memandu dalam keadaan sebegitu petang tadi. Masa memula tengok awan ok jer. Tetiba jadi kelam sampai hitam. Cepat-cepat me masuk kereta dengan anak lepas singgah kedai selepas amik depa masa balik tadi. Gagah juga la bawak kereta pelan-pelan. Masa tu hujan tak kuat lagi. Angin jer. Kira jalan tu penuh daun-daun yang berguguran la. Ada gak nampak pokok yang patah. Nak dekat sampai umah me tengok orang yang berniaga tepi-tepi jalan semua dok kalut pegang depa punya khemah. Khemah pun dah tak nampak rupa sebab semua dah tercabut. Kira depa pegang tu cuma tak bagi terbang jer lagi. Kerusi-kerusi n meja plastik pun habis beterabur. Dalam masa tu me sempat lagi beli nasi kerabu juga di tepi jalan yang khemahnya hampir terbang.
Nasib baik ada dalam 2-3 orang yang dok tahan. Yang sorang lagi tolong siapkan nasi kerabu. Itupun nampak tangan jer sebab depa dah rendahkan khemah tu. Dah siap cepat-cepat me balik. Takut weh..hujan dah mula lebat. Elok jer sampai umah me tengok stor barang dah hampir jatuh. Tapi barang atas tu semua dah jatuh juga. Em...taktau nak kata apa. Yang penting semua ok. Mekasih kat kakak ipar me n anak dia sebab tolong kemaskan. Kalau ikut me mungkin ari minggu jer sempat..

p/s : semuanya dah berenti...alhamdulillah

7 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails