Tukang Ikut

Jumaat, Mei 06, 2011

SERABAI

Aper yang serabainya? Em..serabai yang me maksudkan di sini bukan serabut ker, sememeh ker or selekeh okeh. Hari ini tetiba me nak cerita pasal sejenis kuih yang dinamakan serabai walaupun kuih ini pertama kali juga me dengar namanya. Masa tu pagi nak p kerja selalunya en suami beli nasi lemak. Tapi hari tu dia kata takmau sebab dah kirim kat kawan belikan dia kuih serabai. Kuih tu makan ngan kuah durian. Me kata silap kot. Serawa durian kot yang dia nak makan tu. Tapi beliau kata betul ada sejenis kuih yang namanya serabai. Dan beliau juga dah lama tak makan sebab jarang jumpa. Kebetulan sekarang ni banyak lak orang jual durian, mungkin masa ni la baru ada orang nak buat jual. Search punya search baru me tau mana rupanya kuih tersebut. Ala-ala lempeng jugakla. 

" Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka + santan-rasanya lemak manis). Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali bulan Ramadan. Ia popular di negeri KedahMelaka dan Sabah " *ehsan wikipedia.

    

En suami kata dia cicah dengan kuah durian. Aiii...macam sedap lak bunyinya...hehe
p/s : demam durian....lalala

5 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails