Tukang Ikut

Selasa, Februari 22, 2011

TENGOK NI IBU

" Ape dianya?".ibu
" Ni..."..sufi..sambil menunjukkan benda yang dia tulis pada bil telefon bulan ni punya...( dah berconteng bil aku..sib baik nampak lagi )
" Wah..pandaila abang tulih"..ibu
" Tekgu swuh abang ukih ABC.." kata dia..

Wah..teruja lak me tengok dia dah pandai menulis walaupun baru huruf A. Sajer tengok camna dia tulih. Sebab tadi tak nampak kan. Lagipun cantik jer huruf tu.

Selasa, Februari 15, 2011

KONGSI PERASAAN ANDA

Perasaan seseorang boleh berubah-rubah. Adakalanya gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Masalah timbul apabila perasaan ini tidak dapat dikawal. Anda perlu mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk menangani masalah tersebut. 

KENAPA SESEORANG MEMENDAM PERASAAN ?
  1. Malu
  2. Takut menjadi bebanan kepada orang lain
  3. Terlalu peribadi untuk dibincang
  4. Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
  5. Bimbang akan reaksi orang lain
  6. Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  7. Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
  8. Berfikir ianya hanya perkara kecil

Rabu, Februari 09, 2011

PEKNGA

Lain macam jer me sebut. Cam sengau pun ada. Try korang lak sebut kuat-kuat..PEKNGA..k..abaikan..he. Emm..hari ni member sekerja bawa kuih ni. Kuih ker? Bolehla. Dari apa yang me search kat en Google peknga yang dikenali di Kedah ni adalah singkatan daripada perkataan 'tempek dalam belanga'. Kalau di negeri-negeri lain pula ia dipanggil tempek, roti kesot atau lempeng. Kenal tak? Me pun baru kenal. Dah makan tadi memang sedap. Rasa cam nak lagi jer. Resepinya pun mudah. Tepung campur kelapa parut campur air campur garam campur gula. Tempekkan di dalam kuali seperti buat lempeng tuh. K..dah siap. Bila belek-belek kuih ni ada juga rupa tempek pisang. Ha..yang ni mak me pernah buat. Cuma peknga ni jer tak pernah. Sebab tu me cam perak jer makan tadi. Padahal sama jer. Bezanya mak me tambah pisang. Nak rasa tak? Ok..p dapur sekarang..=)

Selasa, Februari 01, 2011

ORANG SUSAH ADA ORANG TOLONG TAK

Kalau kita kaya takyah mintak tolong pun orang akan sua. P mana-mana orang pandang. Di layan bak raja. Kalau susah sebelah mata pun orang tak tengok. Dah minta tolong pun belum tentu orang mau tolong. Oh..mungkin me terlalu negatif. Ok..me cuba positif lak. Emm...tetap sama. Lihat saja di sekeliling kita. Tiap-tiap hari, tiap-tiap masa. Di mana-mana selalu jumpa. Minta maaf..me tau tidak semua tapi mengapa yer me selalu jumpa mereka. Oh lupa..me tak kaya...=) 


p/s : biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata..kadang-kadang itu lebih bererti..- dr tuah iskandar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails