Tukang Ikut

Isnin, April 12, 2010

Bahan mentah yang segar...

Ibu ada terbaca dalam satu majalah panduan bagaimana nak memilih bahan mentah yang segar. Kadang-kadang kita ni pilih2 dah rasa segar dah, tapi bila balik umah tengok dah lebam ikan2 ker, sayur ker, ayam ker yang kita pilih tu. So, siapa2 yang rajin p pasar beli bahan mentah ni ada skit panduan :-

Ayam
  • kulit bewarna cerah dan tidak lebam
  • tidak berlendir dan berbau busuk
  • isi pejal dan anjal
  • tidak banyak lemak ( tu kalu yg dah siap potong )
Ikan
  • kulit berkilat dan cerah
  • mata jernih, bercahaya dan tidak terbenam
  • kulit tidak berlendir tebal
Daging
  • Bewarna merah cerah
  • yg lain sama dengan pilih ayam
Udang
  • kulit bewarna merah cerah dan bersinar
  • kepala tidak tertanggal
  • tidak berbau busuk
  • isi pejal dan anjal
Telur
  • elakkan memilih telur yang retak, pecah dan diselaputi najis atau kotoran

p/s: kalau nak ikut, ikutla...kalau taknak terpulang.. ;)

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails