Tukang Ikut

Rabu, Mac 18, 2015

RINDU DENGAN SI DIA

Al-fatihah...Allahu Akbar. Nak taip...nak cerita..nak kongsi jugak tapi mata ni asik masuk habuk ja... :'(. Hari ni dah 44 hari dia takda. Takdala jauh sangat jasad dia tu. Seberang jalan besar ja. Tapi rindu tu rasa tak tertahan. Allahu Akbar... Wahai tuhan sekalian alam. Tabahkanla hatiku ini. Emm...sedih bebenor citernyer ek? Hujung pangkal taktau tetiba sedih ja.
 


Sabtu, September 20, 2014

TEKANAN DARAH TINGGI

[ INFO - TEKANAN DARAH TINGGI ]

Darah tinggi bermakna apabila tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140mmHg atau lebih dan/atau diastolik 90mmHg atau lebih atau anda mengambil ubat darah tinggi. 

KOMPLIKASI 

> Penyakit jantung koronori
> Serangan jantung
> Strok/angin ahmar
> Kegagalan fungsi buah pinggang
> Pengerasan arteri
> Kerosakan mata yang boleh menyebabkan kebutaan

Jumaat, September 19, 2014

STOKIN AJAIB VKEN

Assalam...

Bersawang dah akak punya blog ni. Kasi cuci skit.. :) Nak maklum kat korang semua sekarang akak terlibat dalam perniagaan menjual #stokin #vken lak. Yang dulu punya bisnes dah stop. Insyaallah akan teruskan dengan produk baru ni. Bukan apa...dah biasa berniaga n bila masa free tu x bleh dok saja. Asik cari produk jer utk berniaga semua. Kali ini akak nak perkenalkan kat korang semua STOKIN AJAIB VKEN. Takla ajaib macam magic tu. Tapi alhamdulillah banyak dah testimoni sepanjang akak menjual stokin ni berkesan ke atas mereka. Apapun semua bergantung dengan izin Allah swt. Lagipun fungsi utama stokin ini ialah melancarkan darah. So bila darah kita lancar elok maka takda la saluran2 yang sepatutnya tersumbat yang mana kita pun maklum bila saluran tersumbat ni bleh menyebabkan pelbagai penyakit :)

Rabu, Januari 30, 2013

TERIMA KASIH ABANG

Hari ini cukup terharu bila dengar suami cerita yang abang dia datang melawatnya di hospital. Sejak suami dalam hospital memang abang ipar ada datang melawat. Cuma hari ini bila suami cerita rasa terharu sangat. Tersentuh hati saya bila abang ipar sanggup datang hanya dengan menaiki motor dari Alor Setar ke Hopital Pulau Pinang yang perjalanannya lebih dari 2 jam. Terima kasih tak terhingga kepada abang ipar. Selalu kalau suami ada kat rumah pun dia akan datang urut kaki suami. Katanya saja datang takda kerja apa nak buat. Kalau dekat saya tak kisah. Ini sampai ke Penang risau gakkan.

Jumaat, Januari 25, 2013

HOSPITAL PULAU PINANG

As salam...untuk pertama kali dalam tahun 2013 saya kembali berblog. Boring punya pasal dok dalam Hospital Pulau Pinang ni saya rasa lebih baik berblog dari makan, tidur, makan dan tidur kembali. Eh...bukan saya yang ditahan di ward ni. Suami yang ditahan sejak appointment pertama tahun ini pada 9/1/2013 hari itu. Hari ini dah 25/1/2013 maknanya dah 2 minggu lebih suami disini. Saya hanya datang ketika waktu cuti iaitu petang khamis sampai tengahari sabtu. Hari ahad kembali bekerja sehingga hari khamis tiba semula. Emmm...apa sebenarnya yang saya nak cerita ni eh???...hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails