Tukang Ikut

Jumaat, Januari 25, 2013

HOSPITAL PULAU PINANG

As salam...untuk pertama kali dalam tahun 2013 saya kembali berblog. Boring punya pasal dok dalam Hospital Pulau Pinang ni saya rasa lebih baik berblog dari makan, tidur, makan dan tidur kembali. Eh...bukan saya yang ditahan di ward ni. Suami yang ditahan sejak appointment pertama tahun ini pada 9/1/2013 hari itu. Hari ini dah 25/1/2013 maknanya dah 2 minggu lebih suami disini. Saya hanya datang ketika waktu cuti iaitu petang khamis sampai tengahari sabtu. Hari ahad kembali bekerja sehingga hari khamis tiba semula. Emmm...apa sebenarnya yang saya nak cerita ni eh???...hehe.
Dah lama tak berblogging kering lak idea saya bagaimana nak mengolah ayat. Ok...sebenarnya saya nak bagitau yang setiap hospital saya kunjungi mesti meriah dengan kedatangan pelawat-pelawat yang datang mengunjung. Tak kira ayah, ibu, adik beradik atau saudara mara yang sakit. Sangat hormat dengan mereka yang begitu menjaga ikatan kekeluargaan walau sekadar menziarahi. Terutama kaum cina. Hari-hari datang pagi..petang..pagi..petang tak kira la hantar makanan atau datang saja. Melihat pula kasih sayang ibu menjaga anak mereka yang sakit juga membuat saya kagum. Betul kita kaum melayu juga ada juga begitu tapi susah nak nampak. Tambah di bandar pada zaman-zaman moden ni. Maybe saya silap dan saya minta maaf kalau salah tapi itulah pandangan saya selama saya berada di Hospital Pulau Pinang ini. Sebenarnya bermacam ragam lagi kelaku pesakit atau pelawat yang saya lihat selama berada di hospital ni. Cuma saya tertarik untuk bercerita pasal perbezaan ini. Maybe lain kali akan saya ketengahkan pula.

p/s: mengharap kehadiran sanak saudara :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails