Tukang Ikut

Rabu, Januari 30, 2013

TERIMA KASIH ABANG

Hari ini cukup terharu bila dengar suami cerita yang abang dia datang melawatnya di hospital. Sejak suami dalam hospital memang abang ipar ada datang melawat. Cuma hari ini bila suami cerita rasa terharu sangat. Tersentuh hati saya bila abang ipar sanggup datang hanya dengan menaiki motor dari Alor Setar ke Hopital Pulau Pinang yang perjalanannya lebih dari 2 jam. Terima kasih tak terhingga kepada abang ipar. Selalu kalau suami ada kat rumah pun dia akan datang urut kaki suami. Katanya saja datang takda kerja apa nak buat. Kalau dekat saya tak kisah. Ini sampai ke Penang risau gakkan.
Takut apa-apa berlaku sepanjang perjalanan beliau. Nauzubillahiminzalik minta dijauhi dari segala yang buruk. Barula si suami lalu makan. Ikutkan dia demam hari ini dan tak berapa lalu la nak makan kan. Bila abang ipar tau dia kata takpa dia belikan makanan kat bawah barula lalu makan. Emm...lalu sungguhla bila makan makanan lain selain nasi hospita. Siap ada buah cicah asamboi lagi. Suami kata abang dia asik nak suap dia ja...hehehe. Kelakar dan dapat bayangkan situasi itu. Saya tahu suami tak berapa sihat dan kedatangan abang ipar tentu buat suami rasa bersemangat skit. Kalau sakit memang kita sangat perlukan perhatian. Apatah lagi bila ibu bapa dah takda sekurang-kurangnya lawatan adik beradik cukup untuk mengubat hati. Semoga Allah sentiasa memberkati kamu...abang. Terima kasih.
 
 
 
#sampai sekarang mereka masih tak telefon tanya khabar berita.. :(

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails