Tukang Ikut

Rabu, April 28, 2010

Bahtera Nabi Nuh Di Temui

Teringat dulu--dulu kat sekolah masa ustazah citer kisah nabi-nabi ni. Salah satunya kisah Nabi Nuh yang membina bahtera selepas mendapat perintah dari Allah yang kemudian menenggelamkan bumi dalam peristiwa banjir besar sebagai balasan kepada golongan manusia yang enggan mematuhi ajaran agama islam. Itu cerita beribu tahun tahun dahulu. Sekarang bila masuk paper kata bahtera tersebut di temui, adakah benar itulah bahtera yang digunakan. Wallahualam. Tapi memang menarik ibu baca Kosmo pagi ni. Teruja sebab ari tu ibu dah  tengok dalam dokumentari TV1 pasal pencarian bahtera Nabi Nuh ni. Dan mungkin ini perkembangan terbarunya. 

"Beberapa binaan kayu yang didakwa sebahagian daripada bahtera Nabi Nuh di temui oleh kumpulan penjelajah China dan Turki di sebuah lereng curam setinggi 4000 meter di Gunung Ararat, timur Turki kelmarin. Hasil ujian penetuan tarikh karbon ke atas beberapa spesimen kayu yang di temui itu mendapati ia berusia 4800 tahun iaitu sama usia dengan kejadian banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Struktur bahan binaan yang ditemui itu didapati terbahagi kepada beberapa petak yang dipercayai kandang haiwan dalam bahtera itu. Penemuan tersebut bukan mengesahkan 100% , tetapi mereka yakin 99.9% adalah bahtera itu. Mereka menafikan  bahawa penemuan itu adalan peninggalan penempatan manusia dahulu kala dengan alasan tiada tempat tinggal manusia pernah di temui pada ketinggian melebihi 3500 meter di Gunung Ararat". Itu hasil kajian mereka, tapi semuanya kuasa tuhan yang lebih Maha Mengetahui.

sumber : Kosmo

p/s : nothing 2 say...

5 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails