Tukang Ikut

Khamis, April 08, 2010

Bukan Tulang Dinasour....

TULANG BELAKANG






Tulang belakang merujuk kepada susunan ruas tulang di bahagian belakang yang bertindak memberi sokongan kepada tubuh untuk berada dalam keadaan tegak. Ia merupakan susunan ketulan tulang yang membentuk tulang belakang yang terdapat pada semua vertebrat.
Biasanya terdapat tiga puluh tiga (33) ruas tulang belakang (vertebra) pada manusia, termasuk lima yang bergabung bagi membentuk sakrum(yang lain terpisah oleh ceper intervertebra dan empat tulang koksiks yang membentuk tulang ekor. Tiga kawasan atas terdiri dari baki 24, dan dikelompok di bawah nama serviks (7 vertebra), toraks (12 vertebra) dan lumbar (5 vertebra), menurut kawasan didudukinya. Jumlah ini kadang kala bertambah dengan tambahan vertebra dari satu kawasan, atau ia berkurangan dalam satu kawasan, kekurangan ini sering kali ditambah oleh pengelasan tambahan vertebra kepada kumpulan lain. Jumlah vertebra serviks bagaimanapun, amat jarang bertambah atau berkurangan. Dengan pengecualian serviks pertama dan kedua, vertebra sebenar atau boleh ubah (tiga bahagian teratas) mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama yang paling mudah dikaji dengan memeriksa vertebra dari bahagian tengah toraks. Antara dua vertebra terletaknya disk. Vertebra dan disk ini dilekatkan oleh ligamen. Di tengah-tengah tulang belakang kita ada satu ruang yang menempatkan spinal cord dan saraf-saraf yang menyambungkan anggota-anggota badan kita. 


Ada beberapa sebab kenapa anda merasa sakit belakang 

  • Kemalangan, jatuh dsb. Sekiranya pesakit merasa kebas-kebas pada anggota kaki atau tangan, susah untuk menggerakkan kaki atau tangan, ataupun pesakit menghadapi masalah mengawal pembuangan air kencing atau air besar, dikhuatiri berlaku kerosakan pada spinal cord. Sekiranya ini berlaku, pastikan pesakit tidak digerakkan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera. Sekiranya kemalangan tidak disertai dengan tanda-tanda serius di atas, kemungkinan berlaku cedera ringansahaja. Ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol, aspirin, dsb. di samping menggunakan cara-cara luaran seperti penggunaan ‘hot water bottle’ pada tempat yang rasa sakit. Bagaimanapun sekiranya kemalangan tersebut menyebabkan sakit yang kuat atau tidak sembuh dalam masa yang sewajarnya (12 jam) sila dapatkan rawatan segera.
  • Jangkitan kuman yang akute (acute) pada buah pinggang. Selalunya pesakit merasa sakit pada kawasan kecil di bahagian belakang, atas sedikit daripada aras pinggang. Jangkitan kuman juga menyebabkan pesakit merasa tidak selesa, demam, dsb. Dapatkan rawatan segera dan doktor anda mungkin akan memberikan antibiotik untuk membunuh kuman tersebut.
  • Aktiviti lasak. Aktiviti lasak seperti mengangkat benda berat dsb memberikan tekanan pada tulang belakang anda. Anda boleh menghalang kejadian ini dengan mengamalkan langkah-langkah yang perlu semasa duduk, tidur atau mengangkat barang-barang berat.
  • Slipped disk. Ia boleh berlaku selepas aktiviti-aktiviti lasak. Antara tanda ‘prolapse slipped disc’ ini ialah sakit yang kuat sehingga pesakit tidak boleh bergerak dengan baik atau sakit sehingga ke bawah kaki. Dapatkan rawatan dari pakar. Pembedahan mungkin diperlukan dalam kes tertentu.
  • Ankylosing spondylitis. Sakit yang berlaku mula secara beransur-ansur. Ia selalunya berlaku pada mereka yang berusia 20 hingga 40 tahun. Rawatan segera diperlukan. pesakit mungkin perlu menjalankan rawatan phisioterapi
  • Lumbar spondylitis. Penyakit ini adalah sejenis penyakit arthritis. Ia berlaku kerana proses penuaan dan kerapa berlaku pada mereka yang berusia 45 tahun ke atas. Dapatkan rawatan segera.
  • Cervical spondylitis. Ia juga seperti lumbat sponylitis tetapi menyebabkan rasa sakit di bahagian tengkok. Dapatkan rawatan segera.
  • Osteoporosis
  • Mengandung.

 Perkara-perkara lain
  • Penggunaan kasut tumit tinggi boleh menyebabkan tekanan pada bahagian belakang, bawah anda.
  • Berat berlebihan juga memberikan tekanan yang lebih kepada tulang belakang anda. Cuba turunkan berat badan sekiranya berlebihan.




    p/s: Ayah T4..emmm...ape la agaknya rawatan yang bleh menyembuhkan pesakit seperti ayah ye.

2 ulasan:

  1. tambah satu lg. sklerosis. hurm... sy klu demam mesti sakit belakang, sampai kena tidur meniarap. doktor ckp bahagian ruas hampir hujung tulang belakang sy bengkok sedikit. sbb ada sklerosis.

    ingat sklerosis tu leh jadi pada sendi2 jari dgn lutut je... hurm...

    BalasPadam
  2. shandye..yer ker..tq info..;)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails