Tukang Ikut

Jumaat, April 23, 2010

Ida Nerina Yang Lumpuh


Kesian masa mula-mula baca berita Ida Nerina kemungkinan lumpuh selepas terjatuh dari tingkat 4 kondominiumnya suatu masa dulu. Walaupun berita itu sudah lama berlalu dan Ida Nerina pun sudah lama tidak kita ketahui perkembangannya, tiba-tiba beliau muncul kembali di Mahkamah Rendah Syariah semalam untuk menyelesaikan kes penceraiannya. Beliau hadir di temani rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya. Dan dia hadir berkerusi roda. Itulah yang kesiannya. Dalam keadaan untuk menerima kenyataan diri menjadi lumpuh, tiba-tiba di asak dengan kes penceraian lak. Aiii...manala nak cari kekuatan menghadapi semua tu kan. Walaupun sudah menjalani rawatan sehingga jauh nun ke India beliau masih belum pulih. Taktau la. Kita merancang Tuhan yang menentukan semuaya. Bersabarla Ida Nerina. Sama la cam Ras Adiba Radzi. Sampai ke luar negara pergi berubat pun tetap sama. Tapi kuasa Tuhan kan. Kalau Dia bagi baik, baikla. Kalau tidak tu bersabarla. Ibu faham apa yang beliau rasakan. Semoga tabah mengahadapi dan menjalani kehidupan seharian walaupun dalam keadaan yang berbeza dari sebelumnya. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Jom renungkan kata-kata ini "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

saat bahagia

p/s : sepatutnya waktu susah ni la beliau di beri sokongan...bukan ditinggalkan. Tapi taktaula...kita taktau kisah sebenarnya.

14 ulasan:

  1. Semoga dia cepat sembuh dan masalahnya cepat diselesaikan. Kadang-kadang sedih jugak, jadi artis tak semestinya bahagia..

    BalasPadam
  2. betul tu..tambah public figure. semua benda pun orang nak tau.

    BalasPadam
  3. kesiannya ida nerina..berat sungguh dugaan yang dihadapinya..

    BalasPadam
  4. baru tau yg die lumpuh..
    sian die...
    hopefully dia akan sembuh ...

    BalasPadam
  5. semoga Allah memberikan ketabahan pdnya..
    Allah sygkan dia..

    BalasPadam
  6. mummy..ntah apa citer dia skrg kan...

    aisyah..ye..smoga dia terus tabah..

    lady..ye insyaallah..

    BalasPadam
  7. kak ida kira bertuah sbb sblm lumpuh sempat juga merasai alam berumahtangga kawan saya tu baru berumur 21 tahun dh lumpuh pulak masa tu tgh bertunang biasalah manusia dh buruk kena tinggallah jawab nya, skrg ni dh 35 tahun umur dia yg saya respek beliau seorng yg cukup tabah kiralah berapa lama dh dia hidup jd oku jd kak ida hidup kena terus mendekatlah dgn ALLAH...

    BalasPadam
  8. camtula..orang pompuan kalau jadi kat laki dia, dia sanggup jaga..tapi lelaki kalu jadi kat bini dia belum tentu mau jaga..tapi tak semua..me pernah jumpa..sampai sekarang dia sanggup jaga bini dia..sangat respect sama dia punya hasben..

    BalasPadam
  9. dugaan Allah... semoga dia insaf dgn khilaf dia sebelum ni.maaf krn sblum ni mungkin dia agak jauh tersasar dgn dunia glamour artis..(pernah terbaca gossip dia berbikini?? nauzubillah gambar tu sungguh memalukan!!)
    mungkin sewaktu dia sempurna hatinya buta utk dekat dgn Allah semoga "kekurangan" yg dia alami hatinya dekat dgn Allah ..

    BalasPadam
  10. anon..kesian kan..

    anon..mungkin ada hikmahnya disebalik dugaan tersebut.

    BalasPadam
  11. Apa perkembangan ida nerina skrg ye?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails