Tukang Ikut

Khamis, April 29, 2010

Permainan Futsal

eh..eh...nak menari ker nak main..
Selalunya kalau petang-petang selepas balik kerja tentu ada sesetengah di kalangan kita mempunyai aktiviti rutin yang di lakukan. Ada yang menjadikan jogging sebagai satu rutin, membawa anak bersiar di taman atau pun bermain permainan yang dapat menghilangkan stres setelah penat bekerja. Bagi yang tidak melakukan apa-apa..duduk kat rumah sambil tengok t.v pun mungkin sudah cukup bagi mereka. Ha..siapa yang suka main futsal..? Sekarang ni bukan lelaki jer..wanita pun bukan main hebat dah bab-bab ni. Ibu pernah main futsal ngan anak sedara. Memang penat. Tapi kepuasannya tak terkata. Ingat nak main ke peringkat yang lebih serius tapi tak tau salurannya. Cewah..camla terer sangat ek. Ada hati..huhu.



Masa kitaorang main tu waktu petang. Tapi bagi lelaki mereka lebih ramai memilih waktu malam. Betul ker..? Untuk pengetahuan semua futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Futsal adalah sejenis permainan bola sepak (indoor football) yang makin digemari dan popular pada masa ini. Perkataan ‘Futsal’ berasal dari “Fut” - perkataan Sepanyol atau Perancis - Futbol atau Futebol bermaksud bolasepak manakala “sal” bermaksud tertutup. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan belia YMCA. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.Futsal dimainkan di dalam dewan. Ha..jangan main saja tapi taktau asal-usulnya. Kate minat..

p/s : Fuh..tak larat nak kejar bola dah..semput cek..

2 ulasan:

  1. mcm besh je. tapii, suka tgk je. heheh



    nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Maya! Kenapa nak Dani jugakk??

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails