Tukang Ikut

Ahad, Mei 09, 2010

Hayati Lagu Ini

Buat anak-anak, adik-adik, akak-akak and abang-abang di luar sana mari kita berpesan-pesan. Hargaila ibu bapa anda. Sayangi mereka. 

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.

Hadis berkenaan tentang Ibu Bapa

1.   Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah."

2.  Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

3.   "Seorang berbangsa Arab datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: "Wahai Rasulullah apakah dia dosa besar?" Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Mensyirikkan Allah." Dia (orang Arab itu) berkata lagi: "Kemudian apa?", Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Kemudian menderhaka kedua ibu bapa ..." (Hadits riwayat Al-Bukhari)

4.   "Tiga golongan yang tidak dipandang oleh Allah 'Azza wa Jalla pada hari kiamat: orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya, perempuan yang menyerupai seperti lelaki dan orang yang dayus..." (Hadits riwayat An-Nasa'ie, Al-Bazzar, al-Hakim)

5.   Bertepatan dengan sepotong ayat Al-Quran. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).( Luqman: 14)

8 ulasan:

  1. dah tgk dah smlm,
    mmg sedeyyyy,
    ia menginsafkan kita kan,
    hurm

    BalasPadam
  2. em..me asik nangis jer dengar lagu ni..aii..

    BalasPadam
  3. haaiiishh sedih nya baca,
    thnx 4 sharing...

    cik fiq, kalau saya dah tak ada rajin2 lawat blog sya ya

    http://www.ilovefullcreammilk.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. ye insyaallah cik hidayat..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails