Tukang Ikut

Rabu, Mei 19, 2010

Kacang BerTanduk Kerbau



Jalan tepi sungai yang dah tak macam sungai pagi tadi, ayah tanya ibu pernah tak makan Kacang Tanduk Kerbau?..ha..kacang bertanduk?..sejak bila lak kacang ada tanduk. Pisang tanduk pernah la dengar. Ayah kata kacang ni terdapat di dalam sungai. Macam pokok kiambang..tapi kacang ni dok kat bawah. Eh..paham tak. Susah gak nak terangkan. Masa kecil dulu ayah kata nak cari kacang tanduk kerbau ni dia kena menyelam dalam sungai. Yela..benda ni kan kat bawah pokok tu. Kalau nak makan lak kena rebus dulu. Mungkin masa rebus ni la kacang ini telah mendapat nama glamer ni. 
Dengan rupanya tak ubah seperti tanduk kerbau dan baunya yang busuk juga cam kerbau. Maka dapatla kacang ni satu nama yang unik. Eh..tapi  korang tau ke bau kerbau tu camna?..Tak tau p cium sekarang...huhu. Bila dah siap direbus anda boleh mengopeknya dengan cara menhentakkan kacang tersebut dengan lesung batu..hammer..atau pun kepala sendiri. Adoi..awatla susah sangat nak makan ni. Rasanya lak ayah kata cam buah berangan. Tetapi pada zaman sekarang ni tak taula ada lagi ke takde. Ada korang pernah nampak kacang ni tak. Ibu tak pernah tengok la. Ini pun first time ibu jumpa kat pakcik google yang baik hati ni. Nak tengok depan-depan jela..nak makan tu taktau lagi..huhuhu

p/s : banyak lagi yang kita tak tahu

21 ulasan:

  1. xpnah nmpk plak kacang ni...cam JAKUN sekejap..:)

    BalasPadam
  2. pernah jumpa, tapi tak penah makan

    BalasPadam
  3. 1st time tgk.... wujud ekhh... emmm manyak lagik dalam dunya ni saya tidak tau kewujudannya.. huhuhu

    BalasPadam
  4. 1st time gak nengok..sebab ke rupa pelik, rasanya sedap kot eh..

    BalasPadam
  5. me pun baru tau mummy dasy, mimie. Bleh makan hawa..hubby makan hidup lagi sampai sekarang. Ko pernah jumpa vision..teringin gak nak tengok

    BalasPadam
  6. tak taw plk ada kacang tanduk kerbau tu...hehheh mcm2 ada

    BalasPadam
  7. wow~ first tym dengar :P

    BalasPadam
  8. hehe..macam2 ada cuma kita yang tak taukan..ayah,ummi,farish..benda ni dah lama..ntah2 dah nak pupus..tapi me pun baru tau.

    BalasPadam
  9. wohoho..1st time aisya dgr pasal kacang tanduk..hmm..nk carik jugakla..aisya nk rase..sdap ke x..?? hahahha :)

    BalasPadam
  10. huhu..dah jumpa bagitau tau..

    BalasPadam
  11. 1st time nampak kacang tanduk.macam pernah dengar sebelum nie.huhu

    BalasPadam
  12. nasib baik ko kacang bertudung..huhu

    BalasPadam
  13. kak cabai suka makan kacang ni, tapi la ni dah susah nak jumpa dah.

    BalasPadam
  14. wahh..peliknya..

    tak pernah jumpa pun kacang ni...

    teringin nak makan..nak beli sekilo boleh? hehe

    BalasPadam
  15. kak cabai pernah makan la ye..ain fatihah..2 kilo pun bleh...tapi kat mana ada jual ye..

    BalasPadam
  16. pernah jumpe dan makan sekali,tahun 1995.pastu da x jmpe lagi dan x makan..x tau nak cari kat mane..

    BalasPadam
  17. ferdaus..tu dia..lama nyer..mana nak cari ni ek..=)

    BalasPadam
  18. kat econsave melambak jek bendalah ni..
    aku baru jek beli semalam..

    BalasPadam
  19. 1st gaktgk...mcm ni ka rupanya kacang tanduk...dok dgq org sebut ja b4 nie:) btw salam perkenalan~ jom follow sy lak:)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails