Tukang Ikut

Khamis, Jun 24, 2010

Cantik Dengan Limau Nipis

Rasanya ramai yang dah tahu tentang khasiat buah limau nipis ni kan? Apa kata kita ingati semula antara petua untuk kelihatan cantik dengan menggunakan buah limau nipis ni. 

Mengempiskan perut
Mungkin anda boleh mengamalkan perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Ia dikatakan dapat mengempiskan dan mengemaskan bentuk perut. Em..ibu dah try..tapi sekejap jer...hehe..

Pulih kulit wajah
Ramai yang menghadapi masalah kulit wajah terbakar kerana cuaca yang panas. Mungkin anda boleh bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapu bancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

Hilangkan Bau Kaki
Untuk mengatasi bau kaki akibat sering memakai sarung kaki dan kasut bertutup, gunakan limau nipis. Ambil limau nipis, hiris dan gosokkan pad kaki.

Mewangikan rambut
Mungkin ramai tidak tahu limau nipis juga boleh mewangikan rambut. Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening serta menyejukkan kepala. Ha..yang ni best. Memang rasa segar jer lepas tu.

p/s : petua-petui

16 ulasan:

  1. nak kempiskan perut tu.. konpem cirit birit pas minum tu kan.. hik2 :P

    BalasPadam
  2. n4dh..tak pun..tu yang me heran...isi perut tebal kot..ekeke

    BalasPadam
  3. eeii, xsedap air limau nipis, pahit..utk rambut pki limau purut lgi best agaknya kn.. hilangkan jeragat pun bleh gak.

    BalasPadam
  4. penulis seni..eh..betul tu limau purut bagus utk kepala. me pun dah pening..hehe..

    BalasPadam
  5. uncle limau..hehe..limau aper ni..;)

    cik pingu..t.o.a.l siap..hehe..

    BalasPadam
  6. sebut air limau nipis ni ,,, minuman kegemaran saya... lagipun banyak khasiatnya

    BalasPadam
  7. wanzi..ye ker..mmg byk khasiat kan..;)

    cute..menarik..tp nak ikut alahai..lomah den..;)hehe

    BalasPadam
  8. nana mmg slalu amek jus limau nipis ni..
    sekurang2nya seminggu sekali..
    nak bg buang toksin, n cuci perot~ :P

    BalasPadam
  9. terima kasih tips..

    tapi.. ia tak berapa elok untuk ibu yang bakal nak mengandung...

    uhuk T_T sedih gitu.. love limau so much anyway!!! :)

    BalasPadam
  10. ikoko..sama2..love limaau too..hehe

    jan..sangat pedih..waaaa

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails