Tukang Ikut

Selasa, Jun 01, 2010

Dunia Kutuk Kekejaman Israel

Dunia hari gempar dengan tragedi serangan komando Israel yang menggempur kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Semenanjung Gaza sehingga mengorbankan banyak nyawa semalam. Hari ini dunia amat marah dengan tindakan kejam yang dilakukan mereka. Kumpulan pejuang Palestin, Hamas yang memerintah Gaza, menggesa dunia Islam melancarkan protes besar-besaran terhadap Israel.

PUTRAJAYA: “Saya marah kerana Israel menggunakan senjata api untuk menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Semenanjung Gaza.
“Walaupun kami menjangkakan halangan daripada tentera Israel, tetapi memang tidak menyangka mereka (tentera Israel) menggunakan peluru hidup dan kekerasan seperti ini bagi menghalang usaha penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, semalam. Beliau diminta mengulas serangan tentera Israel terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, kelmarin. Perdana Global Peace Organization (PGPO) dinaungi Dr Mahathir menghantar tiga kapal, dua penumpang dan satu kapal kargo bagi menyertai konvoi ‘Flotilla Pembebasan’ untuk menghantar bantuan kemanusiaan termasuk perubatan dan bahan binaan kepada penduduk Gaza bagi membina rumah mereka. Bagaimanapun, kapal berkenaan dua hari lewat dan belum sampai ke kawasan yang dituju, malah meminta mereka meneruskan perjalanan untuk misi penghantaran dan berpatah balik jika dihalang Israel. Tentera Israel bertindak menyerang kapal Turki ‘Mavi Marmara’ yang dilaporkan turut dinaiki wartawan dan jurugambar stesen televisyen Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, dan Shamsul Kamal Latip, 38.

Berdasarkan laporan Al-Jazeera, kira-kira 15 aktivis maut, manakala ramai cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza. Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, tiga kapal tajaan PGPO meneruskan pelayaran ke Gaza dan meminta mereka berpatah balik jika mendapat halangan tentera Israel.


p/s : mari kita lakukan solat hajat dan Qunut Nazilah seperti seruan pihak JAKIM bagi memohon keselamatan semua anggota misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

4 ulasan:

  1. ohh.. aku juga amat marah dengan berita ini! uff!

    BalasPadam
  2. umat islam nie cuma kuat bercakap tapi masalahnya tak pandai bersatu. tengok mcm israel dia cakap dia buat mcm tu yang kita mau.

    tak malu ke negara arab yang begitu besar kekayaan melimpah ruah tapi israel sekerdil tu tak boleh di tangani.

    inilah akibatnya yang harus di tanggung oleh umat islam bila para pemimpin islam itu serta umat islam yang lain asyik bercakaran berbunuhan sesama sendiri kerana perbezaan mahzab.

    ALLAH tak akan menolong umatnya selagi umatnya tak mengubah sikap dan tanggapan terhadap agama ISLAM itu sendiri.

    BalasPadam
  3. ya..kella..kita semua amat marah dengan berita tersebut.

    BalasPadam
  4. mp3 album...seharusnya kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut. Kita harus lebih kuat bersatu demi mencapai kata sepakat bagi menangani masalah yang sebenarnya bermula dari umat islam itu sendiri. sama-sama kita berdoa semoga semunya selesai dengan selamat. amin

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails