Tukang Ikut

Rabu, April 21, 2010

Cebisan Daging Itu Terlekat

Huhu...sebelum taip nak gelak pun ada...gelak dululah..wakaka. Daging itu melekat di celah gigi setelah puas menikmatinya. Ingatkan sudah abih di telan, rupa-rupanya ada lagi cebisan yang tertinggal. " eh..kau buat apa kat situ..? tanya tuan gigi..." saja lepak jap sebelum masuk terowong.."jawap daging. " sakitla gigi akula.." huhu tuan gigi marah. Ha..korang jangan nak tipulah kalu korang makan daging tak pernah sekalipun tak melekat kat celah gigikan. Kalu daging ayam mungkin mudah hancur. Tapi daging lembu ni dahla liat. Agak-agak takleh lumat telan jer senang. Tu kadang-kadang yang tak lumat tu tersangkut celah gigi. Wah..itulah masalahnya. Selagi tak di cungkil selagi tu lah gigi tersa sakit. Sebab tu sesetengah gerai menyediakan pecungkil gigi. Almaklumlah..kalu tak lekat pun saje syok-syok korek. Nikmat tak terkata. Korang tau sejarah pecungkil gigi ni. Ibu pun baru tahu. Semua pun baru tahu..huhu. Pencungkil gigi ni mula digunakan 200 ke 300 tahun dahulu. Dalam beberapa kebudayaan kuno prasejarah, pemberian cungkil gigi mempunyai erti yang amat tinggi nilainya. Ia menggambarkan kasih sayang si pemberi kepada si penerima. Pencungkil gigi dalam masyarakat di zaman lain itu juga boleh merupakan sebahagian daripada "mas kahwin" untuk menikah. Kalau di zaman sekarang ia sebenarnya berfungsi untuk membersihkan cebisan makanan yang terlekat di antara gigi kita. Ia berperanan sama seperti benang flos. Bezanya ia dibuat daripada bahan kayu atau plastik. Kalau orang lelaki selamba jer cungkil gigi ni lepas makan depan orang ramai. Tapi orang pompuan lain, ada skil skit. Cam manala agak-agaknya..huhu. Dan wahai orang pompuan sekalian..ader ke dikalangan anda yang nak terima pencungkil gigi ni sebagai mas kahwin..huhuhu

p/s : kurang ajar punya daging..nyesal aku makan kau..wakaka...

4 ulasan:

  1. can't stop laughing rading this entry....
    hehehehe...
    betol jugak kn??
    lelaki siap wat muke toyer...
    kdg2 gune straw lak...

    BalasPadam
  2. pencungkil gigi sebagai mas kahwin?
    hahahahaha

    lucu gila...

    BalasPadam
  3. hye.. salam kenal.. berguling2 jap di sini..
    :D

    BalasPadam
  4. iera...depa lagi hebat..haha

    tehr..sangat lucu kalu zaman sekarang ada lagi..tp nk bt camna..itu yg mampu..hehe

    kella..sila2..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails