Kita ni kadang-kadang benda yang kita anggap remeh sebenarnya penting untuk kepentingan dan keselesaan kita...ewah..skema tui..huhu. Sebenarnya penting untuk kita ketahui bagimana menjaga tilam yang sekadar hanya tempat kita tidur dan berbaring itu. Tak ker kadang-kadang anda rasa sakit belakang or lenguh-lenguh badan bila bangun tidur. Cik abang dan cik kak sekalian, janganla melompat-lompat, menari-nari atau bergusti sambil membuat smack down di atas katil kerana perbuatan tersebut akan membuat tilam kita cepat melendut dan spring cepat rosak. Untuk memberi jangka hayat yang panjang pada tilam tersebut ikutilah saranan ini :-
- gunakan pelapik di atas tilam tersebut agar dapat mengelakkan dari melekat debu kotoran. Ia juga dapat mengurangkan kehausan dan kekoyakan tilam.
- jangan biarkan anak-anak atau anda sendiri melompat di atas katil kerana tilam akan cepat rosak. Tapi dah nama bebudak, lagi larang lagi buat...huhu. Haipp...kena ikut jugak
- jangan tumpahkan cecair seperti minuman. Kalau tumpah gak cepat-cepat keringkan. Saper suruh minum atas katil..eee..degil tui
- terbalikkan setiap 2-3 minggu sekali untuk memastikan keseimbangan ketegangan permukaan atas dan bawah tilam
- jangan lipat tilam kerana ia akan merosakkan spring
Yer cik abang dan cik kak sekalian. Itulah sedikit tip dari saya hari ini. SAYANGI TILAM ANDA
p/s : huhuhu...bleh gak ibu skema ari ni...ari ni je la
i love my tilam =)
BalasPadam