Tukang Ikut

Sabtu, April 24, 2010

Cuti Cuti Malaysia

Ke mana agaknya korang p cuti-cuti ni ek..? Walaupun dua hari kita semua bercuti tentu ada yang dah merancang nak ke mana-mana kan. Or ada gak yang dok lepak kat umah melengkaq sampai ke malam..huhu. Bagi mereka yang bekeluarga tentu seronok sekali sekala dapat bawa anak bini p berjalan. Tapi ke mana..? Jom kita tengok tempat-tempat yang sesuai yang boleh anda pilih untuk menghilangkan stres setelah penat bekerja.
PULAU
Wah...syoknya kalau sekali sakala dapat bermandi-manda di pulau kan. Antara pulau yang menarik di Malaysia ni seperti Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Kapas. Kalau nak membeli belah sekali blehla p Pulau Langkawi beli coklat
TEMPAT PERANGINAN
Nikmati keindahan alam semula jadi dan terokai suasana mendamaikan di tempat peranginan seperti Bukit Frazer, Cameron Highlands, Bukit Tinggi dan sebagainya
TAMAN TEMA
Selitkan pengalaman menyeronokkan untuk mereka sepanjang program melancong anda. Bawa ke taman tema seperti Bukit Merah, Lost World, Tambun dan taman tema Genting Highlands. Jangan lupa rakamkan aksi-aksi menarik untuk kenangan bersama.
TEMPAT BERSEJARAH
Jadikan percutian anda sesuatu yang bermanfaat. Sambil bercuti, anda boleh selitkan program membina untuk anak-anak. Antara tempat menarik boleh dilawati adalah seperti Muzium Melaka, A Famosa, Perigi Hang Tuah dan sebgainya
Bukanla p selalula. Mana nak cekau duit ye tak. P la sekali sekala. Jangan lupa buat perancangan dulu bila, ke mana dan bagaimana nak pergi. Kalau lain-lain hari cuti tu blehla p mandi air terjun ker or p window shopping. Cuci mata pun ok what...huhu..takda duitla tu. Bukan takda duit ibu oii...jimat.
p/s : aii...manala ibu nak p hari ni...huhu..

4 ulasan:

  1. saya nak maen air, jadi mari pegi theme park..

    BalasPadam
  2. byk tempat kat malaysia ni tak pergi lg... huhu

    BalasPadam
  3. kalau cuti2.. ku suka tido2 kat umah.. ehehehe.. dan cuci baju.. mase cuti la bole berehat2..

    ps: blog neh akan ku masukkan dalam entri terbaru.. sile check k.. ehehehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails