Tukang Ikut

Jumaat, April 30, 2010

Jom Relaks Sekejap

Penat buat kerja. Tak sabar nak tunggu habis waktu kerja. Tak sabar untuk bercuti. Relaks dulu. Jangan kelam kabut sangat. Waktu itu akan tiba dan anda hanya perlu bertenang dan sabar menunggunya. Jom kita release tension sekejap dengan membaca cerita lucu di bawah :-

RESTORAN ITALI
Seorang pemuda membawa kekasihnya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Pemuda itu tidak pernah ke restoran tersebut tetapi demi menjaga maruahnya sebagai lelaki dia memberanikan diri untuk masuk. Sambil mereka duduk dan mengunyah anggur di atas meja, pemuda itu mengambil menu dan memanggil pelayan restoran. Dia mula terpinga-pinga setelah melihat senarai menu yang pelik-pelik, Tanpa membuang masa dia pun menyebut sahaja menu yang di mahunya.
" Kami mahu pesan Giusepe Spomdalucci ye". kata pemuda tersebut. " Maaf encik, itu nama pemilik restoran ini. Pilihan menunya di muka surat sebelah" Jawap pelayan tadi sambil menahan tawa.

Moralnya : Kalu tak tau tu janganla nak buat-buat pandai. Konon nak tunjuk kat gelfren dia hebat...tengok2 dapat malu..huhuhu

CURIGA ORANG ASING
Suatu petang seorang lelaki mengetuk pintu rumahku. Perkara pertama yang aku buat ialah mengintai dahulu dari lubang kecil pintuku. Aku pun bertanya,"Siapa tu?"
"Saya bawa bungkusan yang dikirim. Saudari kena tandatangan dahulu sebagai bukti penerimaan" jawab lelaki itu sambil mengangkat bungkusan yang dibawa. Aku dapat melihatnya dari lubang pintu.
"Saya tak percaya. Apa bukti awak yang awak bukan orang jahat?" aku masih ragu-ragu
"Saudari, kalau saya berniat jahat dah lama saya guna benda ni untuk masuk ke dalam rumah saudari!" kata lelaki itu sambil menunjukkan kunci rumahku yang tertinggal di luar pintu. Aku terkejut bercampur malu..wakaka

Moralnya : Berhati-hati tu memang penting, tapi kenalah peka juga.

BURUK
Pada suatu hari ada la dua orang pemuda ni. Seorang nama Malik dan seorang nama Halim. Halim merupakan seorang yang hodoh.
Halim : Sedihnya dilahirkan camni.
Malik : Rilek la bro
Halim : Ko bleh la rilek sebab ko hensem!
Malik : Rilek bro..ada lagi orang yang lebih buruk dari ko..
Halim : Sapa ?????
Malik : (menarik seseorang yang berada berdekatan mereka di situ ) ni..!
Halim : Ini bapak aku la...kurang ajar tui..(Bapak Halim hanya terpinga-pinga)

Moralnya : Bersyukur dengan apa yang ada. Yang perasan lawa tu agak-agakla nak kutuk orang pun..huhu

7 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails