Dah makan ker belum malam ni? Takmau makan nasi..nak diet..makan roti skit jer tadi...huhu. Sebenarnya makan malam ni sama penting dengan sarapan dan makan tengahari. Makan malam seolah melengkapkan lagi pemakanan kita yang mungkin tidak mencukupi di siang hari tadi. Bila dengar makan malam mesti orang takut terutamanya kaum hawa kerana ia berkaitan dengan kegemukan . Sebenarnya kalau kita makan dengan betul pada waktu malam tak gemuk kak kiah oii..Janganla makan tak ingat dunia..lemak berkilo-kilo..minyak melimpah ruah...uihhh..takdala sampai camtu sekali ibu ni pun..huhuhu..gurau skit. Makan malam ini juga bagi yang sudah bekeluarga sebenarnya akan mengeratkan lagi kemesraan antara kita sekeluarga. Bila lagi nak berbual mesra kalu dah di siang hari semua ada hal masing-masing. So..apalagi..jom kita makan. Tapi baca dulu panduan makan malam yang sihat ni dulu. Kata takut gemuk...:-
- Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan termasuk makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
- Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak pada setiap masa.
- Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
- Waktu makan malam yang ideal adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
- Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan menggangu tidur anda.
- Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
- Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
- Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
p/s : Alamak..dah lewatla ibu post entri ni..ok la tu ( sambil buat gaya saida skit ). Esok malam bleh lagi ikut panduan ni..huhu
kt umah, sejak dulu famili mmg mkn lewat mlm...dh tbiasa.
BalasPadamkalo mkn awal pun, mesti tgh2 mlm cari mkn lg...
controlling what we eat is important =)
BalasPadamsalam sayang...
BalasPadamayu kan. dah lama tak makan malam..kalau lapar gerenti makan biskut IKO dan air soya...okeylah kesannya dulu2 naik gila baban...sekarang dah ada body sikit...horeyy,,,,,,,
tq sharing info nie..selamat hari pekerja
uihh..dasyat ko ayu ek. Bleh tahan perut sampai camtu sekali. Memang berbaloi la dah dapat body tu..huhu
BalasPadamsecara teorinya, semua tips diet yg kita dengar di luar sana adalah berkenaan 'mengurangkan pengambilan' kalori (makanan) tapi 'meningkatkan penggunaan' kalori (aktiviti), dan semua ini bersamaan dengan weight loss.. adakah kita perlukan pil kurus dan jus mate 5 utk kurus? tidak.. apa yg kita perlukan hanya satu, iaitu ILMU..
BalasPadamKesan low-carb diet hanyalah sementara. Kenapa?
Sebabnya, tiada bukti saintifik yang menunjukkan lambakan diet-diet di luar sana (termasuk Atkins diet) boleh menyebabkan turun berat badan, melainkan pengurangan pengambilan Kalori (DCR) dalam sehari. Oleh yg demikian, mereka yg mengamalkan low-carb diet ni mungkin turun berat badan disebabkan KURANGNYA pengambilan satu macronutrient penting dalam diet, iaitu karbohidrat. Perlu ingat bahawa nilai kalori datangnya dari 3 macronutrient asas, iaitu Karbohidrat, Lemak dan Protein. Apabila salah satu daripadanya (karbohidrat) sudah di 'keluarkan' dari senarai pengambilan sehari-hari, bererti telah mengurangkan pengambilan kalori beliau dalam sehari = turun berat badan.
Kesan jangka masa panjang jika kita kurang ambil karbohidrat = lethargic/lesu = metabolism rate jatuh = naik berat badan. Sebab tu saya selalu tengok, orang yg amal low carb, mungkin 1-2 tahun je kekal, pastu KOMPOM berat badan dia akan naik balik..
My tips berkenaan diet dan kesihatan
http://sususejat.blogspot.com
tambahan enti dari cik joy kolonas..mekasih kat dia..sesapa nak tips lagi bleh p kat laman web yang dipaparkannya itu..tq
BalasPadam