Tukang Ikut

Ahad, April 25, 2010

Kenapa Muntah-Muntah Tu...?

Dah 3 hari abang demam lepas adik baik demam. Jangkitla tu. Ari ni dua-dua ibu bawa p klinik. Punyala lama. Takda orang pun tapi nampak cam sibuk bebenar. Pukul 8 p pukul 11 baru sampai umah. Ngantuk tahap gila babas dah. Ni adik lak dok muntah-muntah. Ibu nak citer skit pasal muntah lak untuk pengetahuan semua walaupun ada yang lebih terror bab-bab ni kan. Cuma untuk berkongsi skit sebanyak.

Jenis Muntah
  • Muntah yang biasa, ini disebabkan memang rasa nak muntah, muntah seperti ini adalah muntah yang tidak ditahan dan tidak dipaksa, tetapi akan terjadi dengan sendirinya jika sudah tidak dapat ditahan lagi.
  • Muntah yang disengaja, atau diusahakan agar muntah, ini memang patut buat jika diperlukan bagi mengelakan sesuatu yang tak diingini berlaku seperti tertelan sesuatu atau bila kita tau kita keracunan.
Punca-Punca Muntah
  • Banyak kahak sehingga mempengaruhi perut, yang mana kahak itu sepatutnya keluar/dibuang
  • Lemahnya pencernaan sehingga tidak dapat menghancurkan makanan yang ada dalam perut
  • Terlalu banyak makan [kekenyangan], sehingga perut tidak dapat menampungnya
  • Makanan yang tidak sesuai dengan perut atau memakan makanan yang tidak disukai
  • Boleh juga terjadi sebab terlalu sedih atau pun susah hati
  • Tanda kehamilan bagi seorang wanita
Sebenarnya muntah ini ada kebaikannya juga iaitu dapat membersihkan perut dan dapat pula menguatkan usus, menyegarkan pandangan, menghilangkan sakit kepala dan bermanfaat bagi perut(Cuba anda fikir balik kesan positif selepas muntah…legakan). Tetapi terlalu banyak muntah juga boleh mengakibatkan lemahnya perut, merosak gigi, pandangan dan pendengaran. Bagi kanak-kanak kita perlu lebih serius mengetahui puncanya kerana takut perkara yang lebih teruk berlaku kalau dibiarkan berterusan.
p/s : baik cepat skit yer abang..adik…risau ibu.

5 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails