Tukang Ikut

Rabu, April 28, 2010

Kunang-Kunang Malam

Kunang-kunang Or Kelip-kelip
Eii...apa da citer malam-malam pasal binatang. Takder benda lain yang best skit ker nak citer...Kupu-kupu malam ke..geng kutu malam ker..o.k skit. Ni binatang ntah haper-haper ntah. Ai..marah nampak. Suka ati ibu la nak citer aper pun. Nak bace..bace..taknak pun kena bace..huhuhu. Binatang ni kalau masa ibu kecik-kecik kitaorang panggil kelip-kelip. Kalu nampak jer mesti kejar tak ingat. Tangkap pehtu buh dalam balang. Ha..kan cantik. Bleh buat ganti lampu gasolin tu kalu takde api. Tapi sejak orang-orang tua kata itu bukan kelip-kelip tapi "kuku hantu cina"..ha betempiaran lari kalu kelip-kelip tu datang dekat. Tahu takut kat aku ek. Dulu bukan main korang dera aku. Lepas aku dapat nama glamer tu..tak jejak tanah korang lari. Sebenarnya kelip-kelip ini sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya berkelip-kelip pada waktu malam (sebab dia rabun malam). Maybe sebab tu juga ia dipanggil kelip-kelip.


Tahukan Anda ?



  • Cahaya dihasilkan oleh kelip-kelip kurang berkesan pada negative filem biasa. Oleh itu keindahan dan keajaiban ini hanya dapat dilihat oleh mata anda sendiri.
  • Kelip-kelip biasanya dijumpai pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok. Pengelipan berlaku selepas sejam matahari terbenam. Kadar kelipan adalah 3 kali sesaat. Pada permulaannya kelip-kelip akan mengambil masa 15-20 minit untuk ‘memanaskan badan’ sebelum mengelip. 2 hingga 3 jam pertama pengelipan adalah terang dan berterusan. Selepas itu kadar pengelipan akan menjadi rendah. Pengelipan ini akan berhenti setelah matahari terbit.
  • Kelip-kelip baru atau pada pokok bersebelahan akan meniru antara satu sama lain untuk mendapatkan kadar pengelipan cahaya yang sama. Akhirnya, rentak dan kadar pengelipan pokok-pokok berdekatan akan menjadi sama dan menarik. Pengelipan adalah bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan. Selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen dekat dengan daun. 
  • Jika 6000 ekor kelip-kelip dimasukkan dalam satu botol kaca, kecerahan cahaya yang dihasilkan seakan sebatang lilin. Kelip-kelip dapat menukar 100% tenaganya kepada cahaya. Manakala mentol hanya menukar 10% daripada tenaga elektrik kepada cahaya! 90% tenaga dibazirkan sebagai haba.
p/s : Sekarang ni mana la nak jumpa kelip-kelip dah..Tapi ada sesetengah tempat pelancongan buat aktiviti memerhati kelip-kelip yang cantik ini.

4 ulasan:

  1. arghh! teragaknya nak tgk kelip2 dpn mata. tapi tak berkesempatan. rasa rilex sgt2 kalau dpt tgk tau..



    nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Pendapat korang tentang background baru

    BalasPadam
  2. baru taw kelip2 tu is kunang2...
    hahaha

    BalasPadam
  3. Dulu masa kat kampung selalu tengok kelip2. Skarang dah duduk kat hutan batu nie dah lama tak tengok

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails