Stroke berlaku apabila sebahagian otak tidak mendapat oksigen. Terdapat 2 jenis stroke yang utama iaitu stroke disebabkan pendarahan pada otak (hemorrhagic stroke) atau stroke yang disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat (Ischaemic stroke). Sejenis lagi adalah "stroke kecil" (transient ischemic attack) yang selalunya sembuh dalam masa 24jam.
Risiko untuk mendapat stroke antara lain ialah, umur yang meningkat, penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis, sejarah keluarga, merokok dan kolesterol yang tinggi. Hemorrhagic stroke selalunya berpunca dari tekanan darah yang terlalu tinggi atau terdapat saluran darah yand bengkak di otak (aneurysm). Tanda-tanda stroke bergantung kepada kedudukan stroke di otak. Pergerakan anggota badan dikawal oleh bahagian otak yang bertentangan ( pergerakan bahagian kiri badan dikawal oleh otak sebalah kanan dan sebaliknya). Tanda stroke boleh melibatkan system pergerakan anggota (motor)-lemah anggota, sistem sensori- kurang deria sentuh, pertuturan, pemikiran, sistem kawalan pernafasan dan jantung. Lebih luas kawasan dan lebih kritikal fungi kawasan yang terlibat lebih kritikal keadaan pesakit dan selalunya lebih lama masa diambil untuk pulih. Selalunya masa yang diberi untuk seseorang menunjukkan pemulihan maksimum adalah selama 6 bulan. Setelah masa ini pemulihan seterusnya selalunya minima.
Kawalan tekanan darah dibawah 140/90, kawalan kolesterol, physiotherapy sangat penting. Jika merokok, berhenti merokok. Pesakit juga perlu mengurangkan makanan berlemak, manis dan masin. Banyakkan sayur dan buah-buahan. Pesakit yang tidak dapat bergerak perlu dialih kedudukan setiap setengah jam untuk mengelak luka (pressure sore). Nutrition dari segi vitamin dan antioksidant sangat penting untuk membantu tubuh sembuh semula dan mengelak terjadi semula stroke.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan