Tukang Ikut

Rabu, April 14, 2010

Maafkan ayah

Anak..

Maafkan ayah kerana tidak dapat membahagiakanmu dahulu. Kekurangan ayah membataskan segala pegerakan dan kasih sayang yang sepatutnya menjadi milik mu wahai anak. Sejak kecil kau seolah begitu memahami kekurangan ayahmu. Sedangkan saat itu adalah masa untuk kita bergembira setelah sekian lama kita berjauhan. Kau sanggup bekorban dengan berjauhan dari ayah dan ibu sementara hatimu tiada siapa yang mengerti. Kesengsaraanmu menanggung rindu mengundang kesakitan yang saban minggu berulang. Ayah tahu wahai anak bahawa matamu menyimpan segala derita kerinduan setiap kali kau datang mengunjungi ayah dan ibu di wad itu. Takkan ayah lupakan setiap detik yang berlalu saat kau sentiasa sabar menunggu  hari kepulangan ayah.

Kini anak,

Kita sudah bersama sekeluarga menikmati hari-hari bahagia. Bersama adikmu kau tersenyum gembira, ketawa ceria. Seboleh mungkin kau menagih kasih dari ayah dan ibu. Hari-hari berlalu kau mahu ayah dan ibu di sampingmu. Tapi maafkan ayah wahai anak, kekurangan satu masa dulu kini kekal selamanya  pada ayah. Maafkan ayah wahai anak jika kau masih terasa kekurangan itu. Ayah tidak minta jadi begini namun Allah s.w.t  lebih mengerti. Mungkin ada hikmah tersembunyi. Maafkan ayah.


p/s : sedih teringat waktu dulu

6 ulasan:

  1. salam..
    wow, teruja yang amat..sbb lelaki yang rajin berblog.......saya puji tabiat awak.....salam dr saya.......

    BalasPadam
  2. tq..takder aper nak buat katakan..huhu

    BalasPadam
  3. kak me, kwn lady kan.. isteri die pakai kerusi roda.. xleh jalan..mereka bahagia sangat.. anak dia pun bahagia.. :).. aslkan dapat bersama mak dan ayah suatu kebahagiaan bagi seorang anak :)..

    BalasPadam
  4. lady bird..betul tu lady..tapi mereka yang camni sangat sensitif..kena banyak bersabar..semoga bahagia hingga akhir hayat..;)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails