Tukang Ikut

Ahad, Mei 09, 2010

Berhati-Hati Akses Wi-Fi Di Luar

Jika kita membuka komputer riba atau telefon bimbit yang mempynyai kemudahan mencari rangkaian wayarles, tentu akan tertera di komputer kita rangkaian-rangkaian wayarles yang terdapat di sekitar kita. Samada rangkaian daripada jiran tetangga, di kedai mamak, restoran segera atau lapangan terbang, anda dapat mengesan rangkaian wayarles yang menggunakan Wi-Fi (wireless fidelity) atau rangkaian protokol 802.11b. Wi-Fi juga menjadi semakin popular juga disumbangkan oleh peningkatan rangkaian jalur lebar berwayar dan tanpa wayar kerana ia merupakan kawasan setempat (LAN) yang bergantung kepada rangkaian kawasan luas (WAN) seperti WiMAX .
 Mungkin kita perlu berterima kasih kepada dua penyedia perkhidmatan jalur lebar yang begitu bersungguh-sungguh bersaing menawarkan kemudahan akses itu yang seterusnya mengguntungkan kira sebagai pengguna. Selain daripada memberikan pelbagai kebaikan, penggunaan akses internet secara mudah juga boleh memberi keburukan daripada pelbagai segi :-

Pencerobohan
Pertamanya apabila anda memasuki rangkaian dengan menakses mana-mana rangkaian Wi-Fi terbuka di luar, anda sebenarnya mendedahkan komputer anda kepada pencerobohan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana kebanyakan Wi-Fi terbuka dan tidak mempunyai kata laluan juga tidak menggunakan sistem perlindungan keselamatan untuk para pengguna. Maka data-data dalam komputer anda boleh di akses dengan mudah oleh sesiapa yang berada dalam rangkaian tempatan atau mereka yang mengakses dari luar iaitu menggunakan internet.

Virus
Selain pencerobohan, anda juga sebenarnya terdedah dengan ancaman virus,trojan, malware, cecacing dan sebagainya yang mudah menyelinap masuk ke dalam komputer yang tidak dilindungi sepenuhnya. Sehubungan itu anda seharusnya memasang perisian anti virus terkini dan sentiasa mengemaskini versi terbarunya. Penggunaan perisian firewall yang terdapat sistem operasi (OS) Windows terkini mampu menghalang  pencerobohan dan juga tindakan trojan dan malware yang sentiasa merubah tetapan (setting) dalam komputer anda.

Kecurian
Sentiasa membawa komputer riba dan mengaksesnya di kedai2 sebenarnya boleh mendedahkan komputer anda dicuri. Pencurian komputer riba ini tidak dilakukan ketika anda menggunakan di restoran itu tetapi ketika anda meninggalkan di dalam but kereta selepas menggunakannya. Menurut jurucakap polis, kebanyakan komputer riba yang dicuri di dalam but kereta yang diletakkan di tempat letak kereta adalah komputer yang telah digunakan di restoran sebelum ini. Aktiviti pencuri bermula sejak memerhati pengguna di restoran dan kemudian mengikut keretanya dan akan bertindak jika kereta itu diletakkan di mana2 tempat letak kereta. Bagi pengguna telefon bimbit pula, penggunaan Wi-Fi sememangnya banyak menjimatkan kos mereka mengakses Internet tetapi mereka juga tidak terkecuali daripada berpotensi dilanda daripada masalah2 yang disebut tadi. Sehubungan itu, pengguna komputer riba atau telefon bimbit yang sering menggunakan Wi-Fi harus bijak mengetahui bagaimana melindungi peralatan mereka daripada diceroboh secara maya atau fizikal.

sumber : mohd ridzwan iman

p/s : fuh..panjangnya..baca jangan tidak...

9 ulasan:

  1. tq info ni..tak pnh agi online kat luar..dulu kat uni, skunk kat umah jerk..mmg berguna info ni

    BalasPadam
  2. tq hawa...kita ni kadang2 seronok sgt wifi sana...wifi sini..tp taktau bahaya dia kan. dok kt umah pun selalu kna virus..ni kt luar..bukan x bleh..tp hati2..huhu

    BalasPadam
  3. setakat ni aku pon tak guna wifi luar..wifi sekolah adalah..bahaya gak ka?

    BalasPadam
  4. bgs2 info2 ni... akan cuba kurangkan wifi-ing di luar... hihihi

    BalasPadam
  5. bahaya gak indra...queenlzyan..yg dok umah ni pun sng jer kna virus..ni kt luar..ohh..tp ok gak kot kalu pakai antivirus. ibu pun bukan pndai sgt..tu yg pc baru jer lpas antar kdai coz virus ni la..hattoi..melayang 10 hinggit

    BalasPadam
  6. oooooo..thanks dgn info ni. Tatau plak browse kat luar pon data kita leh kena curik!

    BalasPadam
  7. masalah jugak kan...tp apa nk takut kalu xde benda pelik dlm lappy kite

    BalasPadam
  8. owh....info bgus...mmg berguna wat omu yang masih baru bab2 wi fi ni....thanks....

    BalasPadam
  9. lagenda..samaa2..kredit kt tuan punya..

    mrs jamal..takder lagi..kalu ada takut gak..bhaya

    omu..betul2..me pun baru tau...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails