Tukang Ikut

Jumaat, Mei 28, 2010

Betul Ke ?

  1. Ada di antara kita yang datang ke pejabat hanya untuk memenuhi tanggungjawab datang berkerja, tetapi hasilnya macam kita tidak datang kerja.
  2. Adakala kita rasa kita amat sibuk, rupanya kita hanya kelam kabut.
  3. Adakala kita rasa kita prihatin, tapi rupanya kita jaga tepi kain orang.
  4. Adakala kita rasa kita berfikiran terbuka dan berterus terang, tetapi rupanya kita kurang pengajaran.
  5. Adakala kita rasa kita berfikiran kritis, rupanya kita hanya lebih kepada kritik yang mencipta krisis.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih mesra tetapi rupanya kita dilihat lebih mengada-ngada.
  7. Adakala kita suka bertanya ' kenapa aku tidak ada kerja' tetapi adalah lebih baik kita tanya ' apa lagi kerja yang aku boleh buat '
pic : pinjam uncle google

p/s : tak semua tapi memang ada.. ;) cantik di mata, cantik di hati

8 ulasan:

  1. Kenalah kerja dengan ikhlas dan bersungguh2 ..he..he..e

    BalasPadam
  2. ye lepat pisang..bersih, cekap dan amanah

    BalasPadam
  3. biasalah tu... semua orang pun tak perfect.. kita sentiasa hidup, terima diri orang lain. nasihat memang boleh nasihat, tapi penerimaan, terpulang pada pendengar dan pembaca. :) ada orang take it positively, ada orang just ignore it, ada orang fikir punya fikir sampai malas nak fikir. ohokz.

    apa pun. sekali lagi, semua orang pun tak perfect.

    -saya beri pandangan sebab saya tak ada ilmu. pengalaman pun tak ada sangat, umur saya baru setahun jagung. :P

    BalasPadam
  4. penyakit hati paling bahaya kalau dah terkena virus...sukar untuk di ubati...

    BalasPadam
  5. ikoko..tak kisahla setahun jagung ke aper..yang penting pemahaman. kadang2 orang saja buat tak tau sebab malas nak amik tau. yang penting diri sendiri lepas dan selamat. nak jadi perfect walaupun semua tau diri kita tak seperfect mana...;)

    BalasPadam
  6. salju..ya..penyakit hati paling berbahaya..tepuk dada tanya iman..:)

    BalasPadam
  7. kerja dengan ikhlas lebih bagus
    hati pun senang

    BalasPadam
  8. ye hans..daripada buat kerja tak ikhlas hati pun jadi tak senang jer..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails