Tukang Ikut

Jumaat, Mei 14, 2010

Cara Selesai Masalah Tahun Pertama Perkahwinan

Hari tu ibu ada bagitau antara masalah-masalah yang bakal di hadapi oleh pengantin baru pada awal tahun  perkahwinankan. Tapi tidak semua mereka ini menghadapi masalah yang dibincangkan. Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah tersebut, ibu ada sedikit cara untuk menyelesaikan masalah itu berdasarkan pembacaan ibu. Mari kita bincangkan kot-kot anda juga punya idea yang bernas untuk di kongsi bersama. 

MEMBAHAGIKAN TANGGUNGJAWAB DAN TUGAS
Jangan terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada pasangan.
Dia cuma manusia biasa yang pastinya tidak sempurna dalam melaksanakan peranannya. Seelok-eloknya sebaik sahaja bergelar suami isteri masing-masing duduk berbincang tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing. Bahagikan mengikut kemampuan agar anda tidak kecewa. Selain itu agihan tugasan mengikut tradisi tidak boleh diikuti lagi memandangkan zaman sekarang sudah berubah. Ketika ini seorang isteri tidak boleh berharap suami bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan menyara keluarga. Begitu juga si suami tidak boleh mengharapkan isteri mampu menguruskan urusan rumah tangga sekiranya dia juga bekerja.

MASALAH KEWANGAN
Tentukan nilai kewangan anda berdua. Anda tentu pasti apa yang paling diperlukan oleh rumah tangga anda. Dahulukan apa yang patut. Jika anda sudah menentukannya maka lebih mudah untuk anda mengatur bajet kewangan anda. Dalam pada itu biarpun awal perkahwinan dikatakan tempoh bulan madu namu jangan anda terlalu leka dengannya. Jangan berterusan berhibur. Anda perlu memikirkan masa depan terutama jika anda merancang untuk punya cahaya mata dalam masa terdekat. Lakukan tabungan khas untuk anak dan juga tujuan kecemasan.

KELUARGA MERTUA
Sebenarnya ini adalah penyelesaian yang sama sekali salah. Sebagai anggota keluarga baru, biarpun resam keluarga mertua terlalu asing namun anda harus cuba mempelajarinya. Sebaiknya jangan mulakan apa-apa konflik apatah lagi anda di awal perkenalan dengan mertua. Ia sudah tentu memberi gambaran kurang baik tentang diri anda.

WAKTU BERSAMA
Membangun hunbungan bersama memerlukan rasa hormat bahawa pasangan anda punya keperluan peribadi. Pasangan mungkin punya acara tersendiri yang mahu dilakukan tanpa diri anda di sisi. Oleh itu cuba hargai apa yang mahu dilakukan oleh pasangan anda.

sumber : mingguan wanita

p/s : Bagaimana..ada yang nak ditambah?...;)

19 ulasan:

  1. terima kekurangan pasangan dan cuba memperbaikinya.

    BalasPadam
  2. akuvision:sokong....
    give n take...cb bersabar dengan kerenah pasangan...

    BalasPadam
  3. masa bercinta jgn hipokrit.
    kalau hipokrit, bila dah kawin baru tau perangai sebenar pasangan.
    bila dah tau perangai sebenar pasangan yg x disukai,akan timbullah masalah.
    benda ni cam rantai makanan.
    saling berkait.
    eh btoi ke apa saya ckp ni.
    hehe.

    BalasPadam
  4. fuhhh
    sy masih bujang
    tp mau komen...
    tp sbr mmg plg penting bila dh berumah tangga...
    sekian =)

    BalasPadam
  5. selalunya masa bercinta yang baik jer tunjuk burn..kang awal2 dh tunjuk belang lari lak depa..kita pun takmau..tapi tu la..masalah lepas kawin lagila kita takmau kan..

    BalasPadam
  6. waduh2..cm mne ni kak fiq..nak kawen tp xbpe pndai msak g ni..hahak..heheh..pe2 pon..nice sharing kak fiq..sok nk kawen aisya bace lg..hikhik...;)

    BalasPadam
  7. hurmm...

    xleh nak kate, aq lom kawen lagi... hahhaha

    BalasPadam
  8. tu la aishah...beli kat kedai lg..esok laki rasa masakan air tangan mamak jer..huhu..sayang mamak..
    kaizen..tak kawin leh buat panduan masa depan lak...he

    BalasPadam
  9. hahhah..tak sggup la suammi syg kat mamak..haha..ok3..aisya blja masak nt..kihkih..thnx kak fiq..muahahaha..:D

    BalasPadam
  10. kadang-kadang laki ni suka salah n cari kekurangan pompuan.tp kite sebagai isteri x terganmak nak mengata die walaupun kite lg banyak bverkorban untuk die.xsanggup nak kutuk die,.tp die selamber je kutuk kite.xpenah bersyukur.kalau sy boleh maki laki, da lama saya maki.

    BalasPadam
  11. sedih bila kena mmacam2.ada x isteri yg bleh dgr suami maki? bile kita wat kurang ajar tau plak die marah.siap naik2 tangan lagi.kalau la saya ni berani mesti laki xpijak kepala kite kn. tgk la kali ni da nekad xnk jd lemah.wat ape.kite berpelajaran ada masa dpn sendiri klari jauh2 supaya doe xdpt kejar kite.lantak la.mesti jd org yg berani sbb da xtahan.

    BalasPadam
  12. untuk apa ada laki kalau asyik wat kite nangis??
    napa nak seksa diri sendiri.ni bukan kali pertama kena maki mcm2.da berpuluh2 kali die mintak maaf.xlarat lg dgr maaf.x tahan la.tp xtau nak ngadu kat sapa.kawin sebab suka.family xleh nak kate ape2.laki panas baran baik elak kn .semua tipu.jgn tertipu mcm saya,pmpuan2 di luar sana, bialah kite kenal bakal suami kite dulu jgn jd bodoh n buta kerana cinta yang akan menyakitkan kite bila kita da xde pilihan.selagi boleh selamat kite elakkann.buiar kawen lambat tp jgn cuba cari masalah dgn kawen tanpa mengira perangai laki tu.sy da terkena dan xdpt patah balik. sekarang masih mencuba untuk meluoakan die dan berusaha lari dari takdir.

    BalasPadam
  13. aishah...ok..belajar rajin2 demi masa depan...hehe

    BalasPadam
  14. kepada tanpa nama..awak memang sangat tabah..semoga awak terus berusaha untuk mencari kebahagiaan yg awak inginkan. biasa sangat kita dgr perangai seseorang sebelum dan selepas kahwin yg sgt berbeza. tapi dah dikatakan lumrah berumahtangga..bergaduh tu asam garam. tapi kalau dah sampai naik tangan..mmg sangat melampau. temui orang2 yg sepatutnya seperti kaunselor perkahwinan utk cari penyelesaiannya. jgn menangis yer..sedih baca cerita awak..

    BalasPadam
  15. tanpa nama ~ mmg awak seorang yg sabar dan tabah...harap2 awak dpt cari penyelesaian yg terbaik...

    sya tk blh nak bandingkan masa bercinta dgn lepas kahwin...sebab kenal pun 3 bulan je terus kahwin...dlm 3 bulan tu pun tk pernah keluar bersama..kalau dia nk jumpa kena dtg rumah...he3...

    New Entry "Naik Motor Tak Pakai Baju… ^_^"

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails