Hari ini kita sembang pasal pemakanan lak. Tentu adik-adik or akak-akak and abang-abang dah selalu sangat baca tentang pemakanan sihat ni kan. Tapi tak salah baca lagi sebab ilmu ni kan tak pernah habis. Apa dia yer :-
JANGAN
Membekukan semula makanan yang telah dicairkan tidak baik untuk kesihatan. Ia boleh mengakibatkan keracunan serta merosakkan makanan tersebut. lebih-lebih lagi makanan seperti daging,ayam atau ikan yang kaya dengan protein. Khasiatnya juga akan hilang apabila ia berulang kali dicairkan dan disimpan semula.
LAMBAT TUA? MAKANLA MADU
Tahukan anda pengambilan madu secara rutin sejak remaja dapat melewatkan penuaan. Khasiat madu dapat dilihat dari keberkesanannya menjaga kulit wajah agar berseri. Selain menghilangkan noda hitam pada wajah, ia juga mencegah kedutan.
HATI-HATI DENGAN JAMU
Kebanyakan wanita suka mengamalkan jamu samada untuk tampil jelita mahupun menguruskan badan. Pengambilan pil atau jamu yang tidak di uji secara saintifik dan dimakan secara keterlaluan boleh menyebabkan serangan jantung dan barah. Ini adalah disebabkan kandungan hormon wanita yang tinggi di dalam jamu berkenaan. Amalkan pemakanan seimbang dan bersenam adalah yang terbaik untuk kesihatan.
SI MERAH YANG BERGUNA
Seringkali kita didedahkan dengan kenyataan makanan pedas akan menyebabkan buasirdan masalah usus. Memang benar, namun pengambilan cili secara terkawal sebenarnya banyak memberi manfaat kepada kita. Cili merah mengandungi zat seperti Vitamin A, B dan C kompleks sebenarnya banyak membantu kita mengatasi masalah gatal-gatal pada kulit, sesak nafas serta sakit sendi tulang. Cili menjadi pelancar enzim pencernaan serta perpeluhan, disebabkan itulah kita akan berpeluh selepas memakan makanan pedas.
SEDAPNYA AIR MASAK
Minum air masak amat digalakkan jika anda mahu kekal muda remaja. Walaupun tidak punya rasa manis seperti air sirap, namun ia amat baik untuk mengekalkan kesihatan kulit wajah serta melindungi tubuh dari penyakit kulit. Pengambilan air masak akan membuang segala toksin dalam badan dan membuat tubuh lebih bermaya. Amalkan sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari.
KHASIAT MENGKUDU
Tidak ramai yang suka akan rasa mengkudu. Walaupun rasa mengkudu tak seberapa, namun ia memberi banyak kebaikan kepada pengamalnya. Mengkudu membantu melegakan penyakit sinus, asma dan bronkitis. Malahan jika anda sedang selsema, mengkudu boleh mengurangkan hingus yang meleleh. Wanita selepas bersalin juga digalakkan untuk bertungku menggunakan daunnya. Ini kerana fungsi daun mengkudu yang mampu mengecutkan rahim.
p/s: Nak amalkan memang malas...tapi buatla yang mana mampu. Esok2 dah boleh buat 1 perkara, buat yang lain lak.
very good info :)
BalasPadamtq kak..info berguna..cume mengkudu tu je agak pahit ckt..lain2 ok..hehe
BalasPadampahit tu kan ubat..ubat mana ada sedap..huhu..tapi sekarang banyak gak ubat yg sedap..ai..mcm2
BalasPadamorg kata..lagi pahit ubat tu, lagi baik..huhu~
BalasPadameeii. beshnya entry nii! ;D
BalasPadamNISECA suka merapu
betul tu shukor..eeii..nisa..
BalasPadamthanks for info. :)
BalasPadamsama-sama
BalasPadam