Tukang Ikut

Isnin, Mei 10, 2010

Lelaki Pun Menopous

ANDROPAUSla. Bukan Menopous..huhu. Andropaus adalah istilah yang direka untuk menggambarkan ‘menopaus’ pada lelaki. Namun istilah ini dianggap kurang tepat kerana berbeza dengan menopaus (putus haid), iaitu berhentinya kesuburan atau penghasilan hormon estrogen pada wanita; sedangkan kesuburan lelaki (penghasilan hormon testosteron) berterusan sepanjang hayat. Inilah sebabnya lelaki masih boleh menjadi bapa walaupun sudah berumur 80 tahun!
Bagaimanapun, bukan semua lelaki begitu bertuah kerana atas sebab tertentu seperti faktor genetik, tahap kesihatan, rawatan, obesiti dan gaya hidup tidak sihat boleh menyebabkan penghasilan hormon testosteron terjejas yang secara tidak langsung mengakibatkan kesuburan mereka merosot. Pada lelaki sihat, paras testosteron berubah setiap jam dan paling tinggi pada awal pagi (antara jam 4 hingga 8 pagi), kemudian menurun sepanjang hari dan meningkat semula pada waktu malam. Tetapi corak turun naik ini tiada di kalangan orang tua, terutama yang alami masalah kekurangan testosteron. Secara semula jadi paras testosteron menurun dengan peningkatan pada tahap tertinggi ketika lelaki berumur 30 tahun dan merosot pelahan-lahan apabila umur meningkat, terutama di antara 40 hingga 60 tahun. Malah, kekurangan testosteron memang dianggap perkara biasa dan dianggarkan tujuh peratus lelaki berumur di antara 40 hingga 60 tahun mempunyai hormon testosteron lebih rendah berbanding paras normal dan angka ini meningkat kepada 20 peratus di kalangan lelaki berumur 60 hingga 80 tahun.

Mungkin ada yang tertanya, apa masalahnya jika kurang testosteron? Sebenarnya testosteron mempunyai peranan penting kerana diperlukan untuk:


  • Kulit: Merangsang pertumbuhan bulu pada muka dan badan
  • Organ seks lelaki: Penghasilan sperma,pembesaran kelenjar prostat,ereksi
  • Otot: Membentuk jisim dan kekuatan otot
  • Otak: Keingian seks, agresif
  • Sumsum tulang: Penghasilan sel darah merah
Sebenarnya seseorang lelaki boleh mengesan ada sesuatu yang tidak kena pada mereka jika keinginan terhadap seks atau bayangan ‘nakal’ di fikiran berkurang. Tanda yang lebih penting ialah prestasi di atas katilmulamerosot. Namun, gejala andropaus yang juga dirujuk sebagai kekurangan andogen sukar dikesan kecuali jika diperiksa dengan teliti. Seseorang lelaki itu boleh mengalami pelbagai gejala umum seperti:

  • Perubahan emosi, kemurungan, kelesuan dan mudah terganggu
  • Jisim dan kekuatan otot merosot
  • Sukar tidur 
  • Jisim tulang merosot
  • Lemak di pinggang bertambah
  • Berpeluh
  • Sakit sendi dan otot
  • Nafsu seks menurun
  • Ereksi berkurang terutama ereksi nokturnal (pada waktu malam)
  • Pertumbuhan janggut dan bulu pada badan berkurang
  • Retak tulang (osteoporosis)
Rawatan
Rawatan terbaik untuk masalah kekurangan testosteron ialah mengubah gaya hidup seperti menurunkan berat badan, bersenam, menjaga pemakanan dengan mengamalkan makanan seimbang, minum banyak air, kurangkan pengambilan kopi dan minuman beralkohol, belajar mengendalikan tekanan dan berhenti merokok. Perubahan gaya hidup ini bukan saja boleh membantu meningkatkan semula paras hormon testosteron tetapi memperbaiki kesihatan secara menyeluruh jika dijadikan amalan hidup sepanjang hayat. Bagaimanapun, kesan positif daripada rawatan semula jadi (perubahan gaya hidup) ini agak lambat untuk dirasai dan kebanyakan pesakit tidak sabar menunggu hasil rawatan terutama mereka yang mengalami gejala. Satu perkara penting yang perlu diingat ialah rawatan untuk masalah andropaus bersifat individual iaitu berbeza antara setiap orang; mengikut paras testosteron dan tahap kesihatan masing-masing. Pada masa sama, berkongsi masalah dengan pasangan atau kawan lelaki sangat penting. Mereka akan rasa lebih lega apabila mengetahui mereka tidak bersendirian kerana ada orang lain turut mengalami masalah sama yang akhirnya membuatkan pesakit bersetuju mendapatkan rawatan. Jangan biarkan masalah anda terus berlarutan. Ia tidak hanya menjejaskan diri sendiri tetapi memberi kesan negatif kepada pasangan. Sayangi diri sendiri dengan ambil langkah penting - buang rasa malu untuk mendapatkan rawatan.

sumber : my metro

p/s : ni ibu amik dari sumber berikut. bab camni ibu tak pandai tapi ibu letak untuk dikongsi bersama.

2 ulasan:

  1. hal ni tak tau plak..tp umur nak dkt 40 tahap nya turun mmg awl lah..

    BalasPadam
  2. tak tau yang kita kna amik tau..dah tua nanti buatnya laki tensen kita gak yg kena..dh tau blehla bersedia..huhu..tp laki ni kata life begin at 40..tak sedar diri dh tua..huhu

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails