Muka dah cantik, pakaian pun bukan main hebat ala-ala artis, gaya dah anggun tapi bila bab makan bersembur sana-sini. Ye adik-adik, abang-abang and akak-akak sekalian, kecantikan seseorang bukan sahaja terletak pada pakaian yang berjenama mahupun aksesori yang mahal harganya. Ia begitu dipengaruhi dengan keperibadian dan perilaku yang elok dan kaya adap sopan. Kali ini kita sembang pasal adab makan dan minum yang seharusnya diamalkan oleh setiap individu. Walaupun semua dah besar panjang dan memang dah terer bab makan ni tapi kadang-kadang kita lupa untuk mempraktikkannya. Makan pun kena jaga dik oii...
Berdoa Sebelum Makan
Berdoa Sebelum Makan
Setiap agama menuntut seseorang berbuat kebaikan. Makan berdoa sebelum makan cukup dituntut perbuatannya. Doa yang dinyatakan dengan ikhlas juga membina peribadi, ia melatih sifat sabar dalam diri dan tidak gelojoh ketika di hadapan makanan.
Mula Menyuap Dengan Tangan Makanan
Makan dengan tangan kanan. Ia melatih diri anda untuk berdisiplin dalam sesuatu pekerjaan. Selalunya tangan kiri dikaitkan dengan tangan untuk membasuh najis. Bukankah ia tidak elok jika anda menggunakannya untuk menyuap makanan sekali...err..
Makan Dalam Keadaan Duduk
Makan dalam keadaan duduk amat dituntut oleh Islam. Malah Rasulullah S.A.W memperaktikkan cara duduk yang tertentu ketika makan. Keadaan duduk menghindari sifat angkuh dan memberontak dalam diri seseorang. Bukankah makan sambil berdiri tidak nampak elok perilakunya. Tambah kalau orang perempuan. Buruk dik..
Tidak Boleh Mencerca Makanan
Setiap makanan dan minimun yang diperoleh adalah rezeki yang didatangkan dari Allah. Maka tidak boleh bagi kita untuk menghina ataupun mencerca sedikit pun apa yang telah diberikan oleh Allah S.W.T.
Berdoa Selepas Menikmati Makanan
Selepas menikmati rezeki yang Allah berikan, berdoalah dengan pujian kepada-Nya dan sebagai tanda kesyukuran yang tidak terhingga.
Membasuh Tangan
Selepas menikmati hidangan jangan lupa untuk membasuh tangan sebersih-bersihnya. Ia untuk menghindari daripada perkara yang tidak diinginkan. Cara ini juga mendidik diri anda untuk menjaga kebersihan diri dan mencipta kesejahteraan hidup yang lebih baik.
Makan Secara Berjemaah Atau Beramai-Ramai
Ia memupuk semangat dan perasaan kasih kepada mereka yang menikmati makanan bersama-sama. Ia juga dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain terutama ketika menikmati hidangan bersama kelurga mahupun rakan-rakan sekerja.
Tidak Menikmati Makanan Yang Sangat Panas
Sekiranya makanan yang dihidangkan terlalu panas, jangan terus menikmatinya. Sebaliknya anda perlu tunggu dengan penuh sabar sehinggan makanan itu sejuk sedikit.
p/s : Emm...semua pun ngaku dah praktikkan perkara di atas and dah rasa tak perlu nak ikutkan. Tepuk dada tanya selera..
insyaALLAh kak fiq..akn d praktikkan..hoho..hav a nice day!! :)
BalasPadamsuka perhatikan org makan kat restoren..huhu
BalasPadamjangan hangat tahi ayam jer aisyah..huhu..hawa..awat suka tgk?..gelagat depa ker..?..mcm2
BalasPadam
BalasPadam愛薇兒情色網-聊天室哪個黃
免費A片線上看-色內衣秀全透明秀視頻
加勒逼A片網-免費真人裸聊qq
成人影片線上看-美女真人秀視頻直播
傻妹妺情網色網免費影片區-真人互動視頻直播社區
go2av免費線上A片-mfc視訊視頻福利
熊貓貼圖區-台灣視訊福利視頻