Tukang Ikut

Isnin, Mei 10, 2010

Tak Mati Walau Di Gantung

Memang hebat. Mereka yang punya kuasa tahap gaban ini adalah wanita pulak tu. Uii..kat mana depa belajar ilmu ni agaknya ek. Hey..bahaya-bahaya...huhu. Minta maaf jika terkasar bahasa ya. Maksud ibu ini ialah wanita-wanita yang di gantung tak bertali ni. Memang ibu tabik spring pada mereka yang tabah menghadapi situasi ini. Ok..Gantung tak bertali bagi mereka yang tidak tahu maksudnya ialah seseorang suami yang telah mengabaikan tanggungjawab ke atas isterinya dan membiarkan tanpa sebarang jawapan. Cerai pun tidak, bertanggungjawab pun tidak. Ia adalah satu penderaan dan satu sikap yang zalim. Kesian sebenarnya tapi tak tau nak tolong camner.

Bagi para suami mungkin mereka bermotifkan dendam. Saja nak menyeksa wanita yang pernah menjadi isteri mereka dan ibu kepada anak-anak mereka. Yang tak tahannya mereka boleh lak p kahwin lain. Senangnya kerja mereka kan. Adoii..walaupun tak sampai mati kena gantung camni tapi boleh membuatkan sesetengah wanita ini mengalami tekanan perasaan. Saper tak tertekan dik oi..dahla di biar terkontang kanting tanpa sebarang berita, nafkah pun takda..tup-tup dapat madu. Ada jiran kat kampung ibu sampai masuk wad gila la. Kesian sangat. Dah naik turun mahkamah banyak kali tapi dah laki tarak guna tu tak datang camna nak bicara. Ibu pun tak tau sebenarnya prosedur mahkamah ni tapi tu la..kalu 20 tahun...selama tu la kena tunggu. Tambah jiran ibu ni dah di sahkan sakit mental. Bila time orang kahwin mulala dia buat hal. Bukan tak tau orang camni. Cakap kuat-kuat, gelak tak hingat, jalan tak balik-balik, mekap lebih-lebih, cakap main lepas buat sakit hati orang ja. Tapi kadang-kadang ada gak masa dia senyap dok umah jer. Anak-anak pun dah lali. Depa kat mak tak makan ubat la tu. Em...tapi ada juga wanita-wanita ini di luar sana yang berjaya dalam hidup. Mungkin ketabahan hati mereka membesarkan anak-anak di balas dengan kesenangan dan kejayaan setimpal. Entahla...nak pesan kat para suami yang buat bini camtu, ada ka mereka baca blog? Tapi takpela..sekurang-kurangnya yang baca blog ni ada suami-suami dan bakal-bakal suami. Minta tolong janganla menzalimi isteri anda macam tu. Kalau takmau lepas elok-elok. Jangan di hukum begitu. Mereka juga punya keinginan untuk hidup bahagia. Selesaikan cara baik. Ingat anak-anak.

p/s : ternyata wanita memang amat tabah mengharungi getir hidup walaupun hakikatnya diri teruk dianiaya oleh suami sendiri...salute

7 ulasan:

  1. awe ada member yang mak dia kena mcm ni..masalahnye bapak dia tak nak lepaskan mak dia..nafkah zahir batin pun tak bg..anak2 nye jerk..pelik..lau tak nak lepaskan..jgn buat mcm tu..

    BalasPadam
  2. betui tu izah..feeq..em hawa..itulah yg herannya..hilang camtu jer..esok kalu ada anak pompuan nak kahwin lagi susah kan..

    BalasPadam
  3. ada member
    bini lari ikut lelaki lain
    dia x ceraikan
    digantung jugak tu



    Latest:Santai: Apa Asalnya Telor?

    BalasPadam
  4. kapten..lari camna pun tak leh nak buat apa pasal dia bini orang lagi kan..mcm2..

    BalasPadam
  5. dgantung xb'tali lgi sakit drpd dgantung b'tali..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails