Tukang Ikut

Selasa, Mei 11, 2010

Mengapa Wanita Menangis

Sikit-sikit nak menangis..ape kena dengan u ni. I tak buat aper-aper pun u nak nangis juga. Tak paham la I dengan perangai u ..haiii…Jangan marah bang. Bawak bersabar. Akak tu ada masalah kot. Yang si isteri dok bersedih..yang si suami dok marah. Lagi haru kan. Bagi lelaki tentu mereka keliru dengan perangai wanita yang mudah mengalirkan air mata. Tadi pagi bukan main elok gelak ketawa, masuk petang dah bermuram durjana durja. Pujuk pun tak makan saman gak. Ape masalah mereka sebenarnya ni. Cuba terangkan skit. Ok…Jom kita selami dan fahami punca yang menyebabkan mereka mudah mengalirkan air mata.

TERKENANGKAN SESUATU
Em..teringat zaman silam pasti memberi reaksi yang berbeza-beza mengikut mood ketika itu. Waktu gembira tentu mereka akan tersenyum ceriakan. Begitu juga di kala terkenang waktu sedih, air mata pasti akan mengalir.

INGIN MEMANIPULASI KEADAAN
Rasa bersalah dan malu seringkali diungkapkan oleh wanita dengan menangis. Perkara ini dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian dan usaha bagi menutupi kesalahan dari pasangan agar tidak marah dan kecewa dengan dirinya. Sikap ini seperti kebudak-budakkan tetapi hanya inilah sahaja jalan bagi memohon kemaafan atau sekadar untuk bermanja-manja dengan pasangannya.

FAKTOR HORMON
Waktu menstruasi wanita memang menyebabkan mereka cenderung untuk rasa sensitif, marah-marah dan sukar mengawal perasaan apatah lagi dengan perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Kadang-kadang hanya kerana hal kecil sahaja seperti terlupa beli barangan yang dipesan, wanita ini terus terasa dan menangis. Isteri juga boleh tiba-tiba marah dan menyebabkan lelaki akan lebih kebingungan menghadapi sikap tersebut.

PERASAAN EMOSI
Jika pasangan mendapati wanita menangis bukan disebabkan perubahan hormon atau memanipulasi keadaan, barangkali factor emosi pula yang menyebabkan mereka jadi seperti itu. Banyak faktor yang menyebabkan wanita emosi seperti kekecewaan, sakit hati, kesedihan atau masalah lainnya yang melibatkan perasaan. Ketika emosi wanita sedang memuncak dan tidak bertemu  tempat untuk mencurahkan isi hatinya, kebiasaannya menangis adalah jalan penyelesaian yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.

AMARAH
Ada pelbagai cara wanita mengatasi rasa marah seperti menjerit, membebel tanpa henti, bersikap kasar, berdiam diri dan boleh jadi juga hanya mampu menangis. Tangisan ini kadang-kadang akan membuat orang di sekeliling terutamannya pasangan menerima tempiasnya. Jika sudah demikian, wanita ingin sekali di beri perhatian, di dampingi dan keluhannya didengari  oleh suami, teman dan juga ibu bapa mereka. Melalui cara itu ia mampu meredakan rasa amarahnya kerana wanita akan berasa kuat dari orang sekeliling yang mampu memahami situasi dihadapinya.

p/s : suami adalah tunjang kekuatan bagi isteri.. 

16 ulasan:

  1. women are naturally emotional.. well not all, some =)

    BalasPadam
  2. aku sangat lemah kalau wanita menangis

    BalasPadam
  3. kalau marah...mmg automatik air mate pun terkeluar...smpai suara pun bergetar...
    adoii...kdg2 rase lemah di situ..
    terasa kalah...rase tak bole lawan balik org tu..
    tp marah mendidih di hati tak siapa tau..
    cewaaah...

    BalasPadam
  4. aku kalau marah..automatik terkeluar gak air mate..
    adoii..
    rase lemah bile ngs..cm kalah dgn org yg kite tgh mara tu
    pdhl hati tgh mendidih panas...
    air mate pun panas...pedih mate mase keluar meleleh tu..

    BalasPadam
  5. BH..tu yang ada perumpamaan senjata wanita yang utama adalah tangisan..dh tak bleh nk buat apa menangisla...lelaki lak bila dh pompuan menangis jd tak tau nak buat apa..kelu..

    BalasPadam
  6. abcmilo...betul tu milo..me pun sama..dah elok2 marah tetiba kita lak yg nangis..bukan org yg kna marah tu..hehehe..lawak pun ada bila ingat balik ek..

    BalasPadam
  7. menangis je yang eh legakan hati dalam keadaan apepun..sebab bagi awe menangis tu bila air mata kuar dia bwak semua perasaan kita...dan tunjukkan perasaan kite

    BalasPadam
  8. lepas nagis mesti lega...ahhh best!
    tapi tak suke nagis depan orang.
    ilang aku punye macho. eceh... =)

    BalasPadam
  9. ye hawa...nkara..macho lagi...huhu

    BalasPadam
  10. owkeh apa nangesss ... leh cuci mata... kot ada habuk habuk... hehehhehehe

    BalasPadam
  11. habuk tu cover jer mimie...huhu..

    BalasPadam
  12. hahahahahaahahhaahahahahhaa.. iyer keee... mata saya selalu berhabuk maaa.... keh keh keh

    BalasPadam
  13. mimie...heheh...nakal kot..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails