Tukang Ikut

Rabu, Mei 12, 2010

Masalah Pada Tahun Pertama Perkahwinan

Laa..baru kahwin takkan dah ada masalah kot ibu. Em..ada. Kita sebelum kahwin masa berkawan or bertunang mesti yang indah-indah jer yang kita rancangkan untuk menghadapi perkahwinan nanti kan. Yang lelaki tentu dah berazam untuk menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab. Manakala yang si perempuan dah pasang impian untuk menikmati hari-hari bahagia bersama suami di samping menjadi seorang isteri yang taat, setia dan ibu mithali kepada anak-anak. Wah..bahagianya. Senyum skit sambil bayangkan saat itu...huhuhu. Tetapi tahukan adik-adik, akak-akak and abang-abang sekalian bahawa ada sesetengah masalah yang akan merosakkan hubungan kita pada tahun pertama perkahwinan lagi. Apa kata kita lihat apa dia antara masalahnya.

MEMBAHAGIKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Masa mula-mula memasuki alam perkahwinan tentu kita sudag menganggap yang pasangan kita sudah tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing. Seperti si suami diharapkan dapat memberi nafkah, melakukan kerja-kerja berat di rumah dan sebagainya. Si isteri pula digambarkan dapat menguruskan rumah tangga dengan baik seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga keperluan suami. Tetapi masalahnya gambaran-gambaran ini belum tentu difahami oleh pasangan. Pengantin baru terlalu idealistik dan mengabaikan untuk membincangkan harapan tersebut. Akibatnya bila pasangan tidak melakukan seperti apa yang diharapkan, maka mereka berasa kecewa, tidak puas hati dan menimbulkan konflik. Tidak mustahil ada juga pasangan yang tertekan dengan keadaan ini dan mengambil tindakan mudah dengan mengakhiri sahaja perkahwinan tersebut.

MASALAH KEWANGAN
Wang adalah topik yang sangat sensitif yang mana bagi pasangan yang sudah berkahwin lama pun boleh berantakan hanya disebabkan masalah ini. Kewangan haruslah diadakan dengan cukup. Si suami atau si isteri hendaklah mengawal kewangan masing-masing agar tidak boros. Jangan tak sampai hujung bulan dah habis walaupun anda masih berdua sahaja. Akibat hal ini juga pasangan seringkali menyalahkan pasangan masing-masing. So..berjimatla dan rancang kewangan anda.

KELUARGA MERTUA
Semua pun tahu berkahwin bukan melibatkan diri anda dan pasangan sahaja tetapi seluruh ahli keluarga pasangan anda. Dalam menyesuaikan diri inilah ramai pengantin baru menghadapi masalah bergaul dengan ipar-ipar. Malah ada yang tidak dapat menerima sikap dan cara hidup keluarga pasangan masing-masing lalu memaparkan dengan tindakan yang salah seperti menarik muka masam, tidak bertegur dan enggan ke rumah mertua. Sikap begini menyebabkan hubungan yang baru hendak dimulai semakin menjauh.

WAKTU BERSAMA
Ketika bercinta tidak timbul untuk melakukan aktiviti bersama seperti menonton wayang, membeli belah ataupun melakukan apa yang anda berdua sukai. Tetapi bila sudah terikat selamanya, cara menghabiskan masa bersama juga boleh menimbukan konflik.

p/s : duduk bincang dan cari jalan penyelesaiannya..

16 ulasan:

  1. hmmm takot plak nk kawen cm ni...hukhuk..( kecik2 dh pndai ae)..ahahaha..;p gud info kak fiq..:)

    BalasPadam
  2. tu yang kena bersedia dari awal tu aisyah...galak dia no..huhu

    BalasPadam
  3. tq kak...waktu berkahwin ni baru tau buruk baik psgn kite yg sebnr..sebab bercinta ada yg cover2...tq kak

    BalasPadam
  4. ye nkara..biasa la tu hawa..blum kawin pijak semut pun tak mati..sian semut tu kena pijak..nasib baik tak mati..huhu

    BalasPadam
  5. salam...saya dah follow blog ni, nice la...
    anyway nak tanya la, macamana fiq letak share FB ngan tweet atas entri tu yer?:p saya budak baru belajar..hehe

    BalasPadam
  6. ohh... tengkiu untuk entry ini! memang ada yg betulnya... dan kalau tak carik jalan penyelesaian jadi makin parah.. sebab awal2 ni adalah pemangkin untuk masa depan, so kena sama2 kawal, terbuka hati , give and take..sama2 memahami.. tengkiu..

    :)

    TERIMA KASIH HAFIZ HASHIM, TAHNIAH MALAYSIA

    BalasPadam
  7. sirna..me dh jawab kat ruang komen entri awak...wah..bagus kella..ada skit penambahan yang bleh di buat panduan juga..tq

    BalasPadam
  8. good info...masa bercinta tu semua palsu belaka..dah kawin barula kuar semua taring..takut...

    BalasPadam
  9. uihh..kuar taring tu..huhu..jangan sampai keluar tanduk lak..

    BalasPadam
  10. nice info...bgus gk ni..nti leh prktis..hihi

    BalasPadam
  11. praktis..jangan tidak..huhu

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails