Tukang Ikut

Isnin, Mei 31, 2010

Pontianak Muncul Semula

Weh jangan..minta dijauhkan dari tempat ibu. Dengar pun takut, ini pula kalau bertentang mata. Mau pengsan 3 hari 3 malam. Baca kan paper Harian Metro hari ini yang berkisar tentang 'Pontianak ' balai polis. 


"BETONG: Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu. Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu.
Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching. Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan. Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka."

Wujudkah hantu ini ?..Tak tahulah..ada yang kata wujud, ada yang kata tidak. Selagi belum jumpa memangla kita tidak percaya kan. Tapi nak ker kita jumpa. Dengar perkataan hantu pun dah takut kan. Ibu pun pernah alaminya. Tapi takder la sampai nampak depan mata. Cuma gangguan jer. Masa tu duduk kat kuaters penjara Muar. Ibu duduk tingkat bawah sekali. Tiap-tiap malam asik dengar orang main guli. Takpun orang seret kerusi meja. Mula-mula tu bising gak ibu apasal la orang atas ni asik mengemas jer. Rupa-rupanya benda lain. Itupun ayah yang cerita. Lagipun orang atas mana ada siang-siang. Kerja kan. Malam baru ada. Kadang-kadang kita kat dapur bunyi tu pun kat dapur gak. Sama gak kalau duduk dalam bilik. Ada gak kawan ayah pernah terserempak dengan perempuan tengah malam dok kat tangga. Tapi tak tegurla sebab ingatkan bini orang. Tapi bila dah masuk rumah baru dia terfikir. Takkan 2 pagi pun ada orang...eeeiiii..takmau ceritala. Korang pernah alaminya tak? Kot-kot la ada yang pernah jumpa.

pic : pinjam uncle google ( ooppss..silap gambar ek..sori )

p/s : Bunyi apa atas bumbung pukul 1 lebih malam tadi yer..kucing kejar tikus kut..

15 ulasan:

  1. if duduk apartment memang biase denga orang main guli la.. pape hal pon just think positive. nanti takdelah takot. kan?

    BalasPadam
  2. aiyok..sape tu..haaa..bek dok dalam selimut diam2 malam ni..

    BalasPadam
  3. memang pun..sebab dah biasa tu la yang buat tak tau jer. Mula-mula tu jer yg cuak giler. tambah bila suami kerja malam..err

    BalasPadam
  4. hehe..suka la cik aida ni ngusik orang ek..ehh..malam ni nak bw lagi la..rutin perlu diteruskan..;)

    BalasPadam
  5. uii..
    jgn ckp pe2..
    senyap!!
    sape suruh wat entry ni..
    adoiyai..

    BalasPadam
  6. ..tgk..cik paro pun dah takut..nasib baik bukan malam jumaat..hehe

    BalasPadam
  7. takuut pulak ble bce ni...hahaha
    dh la tdo bwh ni sowg2..huhu

    BalasPadam
  8. tak penah alami lgi..tapi kalau kena, seram gak jdinya..huhu~

    BalasPadam
  9. sorry tulis kat sni..shoutmix lmbt kluar la..dtg sini lagi..smbil klik digi..hehe

    BalasPadam
  10. zameermus..takperla tulis kat sini pun..takut ek..ayok dia dok sorang2...shuk..memang seram kalau kena kat diri sendiri..;)

    BalasPadam
  11. sarah..saja letak gambar tu..kang letak gambar pontianak me sendiri pun tak berani tengok..hehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails