Anda ingat lagi dengan lagu Setiaku Di Sini yang dinyanyikan oleh Ziana Zain ni tak? Syahdukan bila menghayati liriknya. Emm…Anda sedih ? Anda pilu ? Ada masalah ngan isteri or suami ? Bersabar yer. Semua tu rencah kehidupan. Takkan sentiasa bahagia je kan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Ini pula suami isteri. Kalau takmau tergigit jom ikut ibu tengok-tengok tang mana kurangnya diri anda dan kita cuba perbaikinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga kita:-
- Beri perhatian. Jadilah pendengar yang baik namun kalau anda sedang sibuk minta pasangan menunda ceritanya sehingga masa yang sesuai. Itu lebih baik dari anda mendengar acuh takacuh. Lagi sakit hati
- Berkongsi kegembiraan. Lewati waktu-waktu sedih, sukar atau bahagia bersama-sama
- Menjaga sopan santun. Jangan lupa mengucapkan kata tolong, terima kasih dan maaf. Ucapan ini akan membuat pasangan rasa diharigai
- Senangkan hati pasangan. Selalu berikan senyuman manis kepada pasangan agar dia senang dan berasa bahagia menjalani harinya
- Penyelesaian masalah. Cari jalan terbaik bagi anda berdua bila berhadapan masalah. Ketepikan ego ketika menanganinya
- Jangan suka banding-membandingkan. Terimalah pasangan seadanya kerana anda yang memilihnya
- Awas bila mengkritik. Jaga kata-kata anda bila membuat kritikan. Jangan sampai menghiris hati pasangan
- Saling memaafkan. Pasangan anda juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Jadi maafkan pasangan agar tidak mencemari hubungan terlalu lama
- Minimumkan konflik kewangan. Sekiranya boleh usahakan untuk membuka akaun simpanan masing-masing dan juga satu akaun bersama. Bahagikan perbelanjaan rumah tangga dengan saksama agar tidak timbul rasa tidak puas hati
- Saling menghargai privasi. Setiap individu berkehendakkan msa untuk bersendirian, jadi hormatilah privasi pasangan. Selain itu jagalah rahsia pasangan, jangan sesekali bercerita tentangnya kepada rakan-rakan
- Cari bantuan pihak ketiga jika konflik rumah tangga anda semakin serius. Jangan ragu mencari bantuan daripada pihak ketiga samada penasihat rumah tangga atau rakan yang anda boleh percayai
Sumber tips : Mingguan Wanita
p/s : Membaca banyak membantu kita mencari info yang berguna dan dijadikan panduan. Yang tak kahwin lagi bleh simpan buat rujukan nanti2..huhu
So True..
BalasPadamThanks 4 sharing.. ^^
welcome..huhu
BalasPadamSalam...
BalasPadamsya suka lagu ni..
mmg best... :)
akak...gud info..:)
BalasPadamprepare nutuk ke alam rumahtangga:)
cik shin ju..ye ker..uu..layan..safiya..huhu..dah ada calon ek..
BalasPadam