Tukang Ikut

Jumaat, Jun 18, 2010

10 Gangguan Syaitan Ketika Bersolat



Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram
Saat membaca takbiratul ihram, 'Allahu Akbar', seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah. Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk. Ibnu Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.

Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.
Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib. "Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).

Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan 
Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat." (Hadis Riwayat Bukhari).

Tergesa-gesa menyelesaikan solat 
Ibnu Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah. Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya? "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat 
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).

Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani). Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Bersin berulang kali ketika solat 
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan." (Riwayat Thabrani). Ibnu Mas'ud berkata, "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara."

Terasa ingin buang angin atau buang air 
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim). Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan. Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

sumber : Tazkirah Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh ( harian metro )

p/s : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

20 ulasan:

  1. tu yang tak khusyuk tu kan...isk..

    BalasPadam
  2. prince duyung..betul..me pun bukan khusyuk sgt..ai..lemah betui..harap info ni dpt merubah kita sama2 lebih sempurna. amin

    BalasPadam
  3. selalu lupa berapa rakaat..pernah kawan tegur saya solat sampai 5rakaat..sudahnya solat lagi sekali..

    BalasPadam
  4. eira..miss fairlady...amin..samela..berangan kuat sangat..astagfirull al azim..

    BalasPadam
  5. moga kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik..amin..

    BalasPadam
  6. nice info...good learning...thanks 4 sharing....

    BalasPadam
  7. ye..ye..maknanya selama ni setan sebok mengacau saya..aishhh

    BalasPadam
  8. crystal..ye..credit tu harian metro..

    BalasPadam
  9. bagus info ni...hampir semua aku penah kena....pastu kena jaga2

    BalasPadam
  10. a'ah bgs info nie..yg pling biase berlaku pada mijie adalah menguap dan mengantuk..mijie pun xtau knp bila mula je solat, rasa ngatok plk.

    BalasPadam
  11. kaito..me pun sama kaito..sama2 kita jaga

    mijie..name pun syaitan mijie..itula kerja depa..

    BalasPadam
  12. salam. wahhh, memang benar! semua saya pernah kena except no.6.. haa yang tuh belum lagi. moga moga takde la. ehh tapi betul la, semua sy pernah kena, tgh solat tetibe minda fikirkan benda lain. mulut baca je ayat suci tapi minda ke lain. then bila terseda mula la, eh dah sampai mana ek?

    then menguap + bersin tuh pun pernah. agak mengganggu la jugak. then yang mata tak boleh fokus pun satu lagi. kekdg fokus tetibe fokus tuh dari. xtahu la kenapa. sy tertanya2 jugak mcm mana nak betul2 khusyuk + fokus betul betul. orang cakap faham makna apa yang kita cakap, sy adalah faham jugak. meaning, bila baca satu ayat, nanti sy ulang dlm bhsa malyu dalam hati. tapi kdg2 mata saya tak boleh nak konsentrate la.. what else to do huh? humm

    btw. thanks for sharing! nak tanya, yang ludah ke kiri 3kali tuh, during solat ke? i mean, boleh ke dalam solat tuh kita ludah2??

    BalasPadam
  13. meludah ketika solat?..me ada baca tapi utk zaman dulula. Sekarang ni tak pastila..cuba ggogle..ada me jumpa pasal yg adik tanyakan ni..:)

    BalasPadam
  14. 2 3 4 5 dan last itu selalu..
    Astaghfirullahalzim...
    Akan ku cuba dan lakukan yang terbaik untuk solatku lepas ini.

    BalasPadam
  15. w n adilah..insyaallah..sama2 kita berubah kepada yang lebih baik..amin

    BalasPadam
  16. elle rasa paling teruk elle kena bila dah smpi rakaat ke3 teringat lak... eh dah buat ke blm tahyat awal!!! huhuhuhuhu... kijam punya sitan!!!

    BalasPadam
  17. allif..me pun..hai..apa yang diberangankan pun tak tahula..atoi..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails