Tukang Ikut

Rabu, Jun 09, 2010

Interview Lagi

Hari ni ibu p interview lagi. Hari tu 2 minggu lepas kot ibu p interview gak. Tapi kali rasa cam confident sikit walaupun surat panggilan interview tu betul-betul sampai petang semalam. Gila babas kelam kabut p photostat sijil-sijil and p cop pengesahan. Resume pun print out terus. Nasib baik semua berjalan lancar. Pagi tadi pun sampai dalam 7.45 a.m. Wah..itupun dah ramai. Dalam dok ramai-ramai tu juga dapat pegawai pendaftaran yang cerewet. Selamba jer dia sound sorang-sorang. Masa ni la kita boleh tengok pelbagai ragam dan gelagat masing-masing..hehe. Ada yang tengah dalam pantang pun datang gak. Siap bawak baby lagi. Nasib baik laki dia kerja kat jabatan tu gak. Yang mengandung 7 bulan pun ada. Yang due tinggal seminggu pun ada. Tapi yang ni lagi best. " Cik..boleh dulukan saya tak? Saya nak kahwin ari ni " Ha..sampai camtu sekali. Sahabat ni dia dah nikah dah. Cuma hari ni nak bersanding, hari ni gak la kena interview. Kalau tak p kang nama black list lak kan. Tapi tadi memang kelam kabut la. Sebab masing-masing dapat surat panggilan last minute, tu yang ada yang tak bercop, tak photostat, tak bawak sijil berhenti sekolah. Yang datang dari Sarawak pun ada. Yang balik Selangor semalam pehtu datang balik Alor Setar pagi ni pun ada sebab nak amik sijil. Hei..kalau diingatkan memang lucu. Tapi nak salahkan siapa sebenarnya. Tarikh surat 02/06/2010..sampai 08/06/2010..interview 09/06/2010.  Tapi nasib baik jabatan ni ada sediakan perkhidmatan mengecop. Tak pernah lak ibu jumpa camni...hehe.

p/s : Harap-harap dapatla salah satunya..amin

9 ulasan:

  1. wah macam-macam perangai manusia boleh perati dalam masa satu hari je.mcm2 hal..tapi macam bangga lah sebab semua menunjukkan kesungguhan nak datang..walaupun tak cukup prepare..kan

    Latest Entri : Remy Ishak sebuah gitar akustik

    BalasPadam
  2. mudah2an interviewmu membuahkan kegembiraan.

    BalasPadam
  3. betul tu fndrocka..yang dalam pantang tu pun sempat lagi menyusukan anak dia tau. memang lain sangat la hari ni.

    BalasPadam
  4. mmg tensen bab surat lmbat smpai suroh gi interview ni :p

    BalasPadam
  5. tu la pasa caliph. Kalau semua dah ada takperla. Ni kalut nak cop la, photostal la. Last2 takder persediaan yang cukup..;)

    BalasPadam
  6. gud luck...ada jugak yg nk kawin pun dtg interview...ish ish ish...

    BalasPadam
  7. tq nirelwof...memang betul. Nasib baik panel bagi dia masuk dulu. Kalau tak taktau la jadi camna kenduri dia. Semoga semuanya berjalan lancar.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails