Tinggal sejarah atau tinggal nama sahaja? Sukar untuk difikirkan apa yang dimahukan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini. Merobohkan khazanah negara untuk kepentingan rakyat ataupun untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
KUALA LUMPUR - Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai pukul 10 malam tadi. Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari. Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.
Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892. Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu. Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad. Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.
Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892. Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu. Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad. Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.
Rasanya kalau diambil kira suara rakyat tentu majoriti tidak mahu bangunan yang penuh bersejarah ini di robohkan begitu sahaja setelah sekian lama ia menjadi satu peninggalan sejarah yang terlalu bermakna. Ibu sendiri pernah melawat penjara pudu ni sekitar tahun 1998. Memang terasa menakutkan dan menyeramkan. Ada satu ketika kami di bawa ke sel Botak Chin seorang penjenayah ganas yang amat digeruni. Dan paling tidak boleh dilupakan ketika dibawa melihat tempat gantung bagi mereka yang disabitkan kesalahan hukuman gantung sampai mati. Semuanya masih tersemat diingatan walaupun sudah agak lama. Jadi mengapa bangunan yang penuh bersejarah ini menjadi mangsa permodenan negara kita. Tidak cukupkah lagi bangunan-bangunan yang gah berdiri di kota sana. Emm...tetapi siapalah kita untuk menghalangnya. Suara kecil yang tak memungkinkan apa-apa.
p/s: sajer letak lagu ni. semangat skit...
suara kita terlalu kecil kak.macam kuman jek, mana diorang dengar.
BalasPadamsaya baru first time tgk haritu, ni dah roboh. huhu T_T
BalasPadamLg satu sejarah yg dihapuskan . hmm
BalasPadamsyida mislan...duit lebih berkuasa..
BalasPadambalqis..tu la pasal..
dhada..haah..walaupun tempat tu hanya utk mereka yang bersalah, takkan sedikit pun takder nilai untuk negara kita..hmm..
yala, sedih yaa penjara pudu di robohkan hrmm..
BalasPadamnnty mesti jalan tu berhantu.
BalasPadambyk org kene hukum gantung kat situ.
apalah dema...takde perasaan antik langsung..
BalasPadamjane..sedihkan..:(
BalasPadamila..uii..jangan cakap camtu..takut lak me dengar..hehe..nasib baik dok jauh..;)
yg roboh d kenang..mari kita bina hdup baru
BalasPadamassoyfinger67...tu la..:)
BalasPadamduniaabstrak..hehe..macam putus kasih jer..;)
saya pun sedih & geram bila amik keputusan nak robohkan penjara pudu, pembangunan dah banyak, apa salah kita selitkan 1 sejarah dicelah pembangunan tu... saya pun ada melawat penjara pudu ni masa dibuka untuk orang ramai, paling takboleh lupa bila duduk dalam bilik dan dengar lakonan semula saat2 ke tali gantung, sangat menginsafkan. Ini entry saya, feel free to visit http://sayalahnilzaf.blogspot.com/2010/06/kenapa-roboh-penjara-pudu.html
BalasPadamsgt sedih bila hilang 2 bnda sejarah kat msia ni~ huhuhu~~
BalasPadamnilzaf melati..nana..me pun sedih..apa la salahnya penjara tu dibiarkan berdiri gah di situ. hmm...dah roboh pun..tak rasa apa2 ker depa tu. hati batu tui..grrr..
BalasPadam