Tukang Ikut

Ahad, September 19, 2010

MENGAPA AKU RASA BEGINI

Mungkin orang lain tidak dapat memahami apa yang me rasakan. Orang nampak me macam bahagia. Tapi hakikatnya me saje yang tahu. Menjaga seorang suami yang lumpuh me rela dan me terima semua ketentuan itu. Akan me jaga mereka sehingga ke akhir hayat me. Begitu juga dengan dua orang anak lelaki yang me sangat sayangi walaupun me selalu marah mereka. Me tak tahu ape yang berlaku pada diri me sebenarnya. Orang lihat me seperti seorang yang sangat tabah mengharungi segala dugaan..namun hati me meruntun kesedihan. Me sangat sayang suami n anak-anak. Tapi tak dapat membantu apa-apa. Sekadar menjadi tunjang perjalanan hari-hari family me sendiri. 
Setiap hari hantar dan ambil suami..menjaga anak yang meningkat besar yang banyak mengugat kesabaran me. Ya..me sekarang cepat marah..cepat terasa n sedih. Me perlukan seorang kawan yang dapat berkongsi semua apa yang me rasa..tapi me takut orang akan lihat me seorang yang tidak kuat sebenarnya untuk melawan dugaan tuhan. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya?” (Al-Baqarah: 286) Betul..tapi kadang-kadang me terfikir..kenapa pilih me? Adakah me mampu untuk menghadapinya. Betul juga bila orang kata ada lagi orang lain yang sebenarnya lebih susah daripada kita. Tapi ini adalah ujian untuk diri me dan orang lain tak tahu yang me kadang-kadang rasa seakan tiada lagi ruang untuk me perolehi kebahagian, kesenangan, kegembiraan dan kejayaan seperti orang lain. Me mengeluh..? ya..me tahu tuhan sayangkan me. Sebab itu Dia selalu menduga. Dan insyaallah me akan sabar mengharunginya...:''...Semoga ada di antara hari-hari yang me lalui ada sinar untuk me sekeluarga.

10 ulasan:

  1. be strong! yeay!

    BalasPadam
  2. tq...saje meluahkan perasaan..;)

    BalasPadam
  3. Apabila hati sedih, percayalah, Tuhan itu melihat dan Dia lebih tahu.

    BalasPadam
  4. kak, peduli jek ape orang kate..orang lain tak kan faham..akak sabar ye moga akak tabah hadapi :)

    BalasPadam
  5. sabar ye..Tuhan bagi dugaan kat orang yag Dia rasa mampu..
    InsyaAllah anda kuat..:)

    BalasPadam
  6. asmidar..insyaallah me akan terus cuba untuk kuat..:)

    BalasPadam
  7. itu tandanya DIA sanngatt menyayangi fiq

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails