Tukang Ikut

Selasa, September 21, 2010

RENDANG AYAM, DAGING & KETUPAT

Sekarang ni me dah takde p mana-mana pun untuk beraya. Kawan-kawan pun bukan ada sangat kat sini. Tentu ada di antara korang yang masih beraya lagi kan. Open house pun tentu banyak lagi. Hari ni pejabat suami me buat makan-makan. Kira beraya dalam pejabatla. Semalam me dah masakkan rendang ayam dan rendang daging. Taktaula rasa apa. Kalau me rasa ok jer. Orang lain tu taktaula. Bukan aper..me ni bukan pandai masak sangat untuk makan ramai orang. Setakat makan 2-3 orang bolehla. Bila dah banyak jadi tak ketahuan skit...he. Dengan kuali keciknya nak masak ayam 2 ekor. Almaklumla...family me kecik jer. Tu yang periuk belanga semua kecik-kecik comel lote belaka. 
Rendang daging pun jenuh gak me tunggu lama nak bagi empuk. Sambil-sambil tu blogwalking sama. Aii...takut gak sekali depa makan liat. Tak ker malu. Duduk rumah sajer, tapi memasak tak baper pandai. Mana nak sorok muka weh. Em..lupa lak. Ketupat pun suami me bawak gak tadi. Kakak ipar me tolong buatkan. Harap-harap semuanya rasa ok. Nak bagi orang makan kenala elokkan. Setakat sakit perut tu biasala kalau dah makan rendang ayam, daging, ketupat n segala macam. Nama pun beraya...;)

p/s : pinjam gambar cik google

5 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails