Tukang Ikut

Rabu, September 22, 2010

CINTA SEPEJABAT

Tetiba cerita pasal cinta lak ek. Tapi bukan me yer adik-adik, abang-abang. Me keje pun tidak manakan nak ada pejabat. Cerita pasal sesetengah pasangan bercinta yang kerja sepejabat. Rasanya terlalu biasakan. Tetapi di sebalik topik ni tentu ada kalangan kita yang tidak berapa suka melihat pasangan-pasangan ni. Bukannya apa...tak kisah kalau nak bercinta tetapi kerja kena la jalan gak. Jangan asyik berkepit cam belangkas jer tapi satu kerja pun tak jadi. Orang lain lak kena buat kerja mereka. Bila dah bercinta ni bukan taktau. Mesti ada sekali sekala bergaduhla, bermasam mukala. Bila dah jadi semua tu tentu juga menjejaskan prestasi kerja. Merajukla konon. 
Muka pun monyok, masam..pastu kerja pun apa lagi. Bertimbun sebab frust. Errr..bagi yang dah berkahwin yang bekerja sekali pun kadang-kadang memang seronok. Dapat tengok muka laki or bini setiap saat...hehe. Tapi masalah juga bila rasa cemburu mengawal diri. Tentu takda kebebasan. Bukan kebebasan nak buat bukan-bukan cuma setiap tingkah laku kita pasti akan di perhati oleh pasangankan. Ada kebaikan ada juga keburukan. Semuanya terpulang pada diri masing-masing. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga menganggu orang lain sudah. Emm...korang suka tak kalau pasangan korang bekerja sekali?
p/s : me pun pernah kerja sekali ngan suami..kenangan yang sangat indah..:)

15 ulasan:

  1. saya sendiri secara peribadi tak mahu isteri bekerja di tempat yang sama
    rasanya sangat kekok
    maklum sahaja, dalam menyelesaikan tugas selalu ada perselisihan pendapat
    payah nak urus ni...

    BalasPadam
  2. tapikan cinta itu buta..hee..

    tepuk dada,tanye hati...=)

    BalasPadam
  3. tehr..betul tu..susah kalu hal2 peribadi pun di bawa ke pejabat..ayooo...fening..

    uruchimaru...sebab cinta tu buta la kena jaga laku dgn keadaan sekeliling..kang terbabas..huhu

    BalasPadam
  4. takkan baca tajuk jer...hehehe..;)

    BalasPadam
  5. hurm :)
    gayah kat pejabat sorg ja.. so x berlaku cinta d pejabat..hahahaha..tp cam best ja

    BalasPadam
  6. gayah..siannya..takper..bos ada leh temankan..;)

    BalasPadam
  7. macam mana pulak, suami/isteri yang bercinta dgn rakan sepejabat???

    tajuk ni memang sedap dikupas kot ;) hoho..

    BalasPadam
  8. nak cari cinta sepejabat jugakla!

    BalasPadam
  9. ada pro dan kontra juga.tapi saya mungkin perlu cinta sepejabatkan kot.impian supaya bakal isteri bekerja dengan company sendiri..hehe

    BalasPadam
  10. najwa...uih..syok memang syok tapi bahaya..elakkan..

    nobita..cari jangan tak cari...

    pengembara...bagusla..saperla yang bertuah tu..huhu...;)

    BalasPadam
  11. hmm,cm takot je ble najwa ckp suami/isteri yang bercinta dgn rakan sepejabat..nauzubillah.tkot la.

    BalasPadam
  12. intan...takutkan kalu pasangan kita buat hal...minta simpang..;)

    BalasPadam
  13. takut juga kalau2 jadi camtu.. teringat pengalaman org terdekat...

    BalasPadam
  14. najwa...banyak sebenarnya kes camni. Terpulang pada yang empunya badankan..tapi tak elokla bt perangai camtu..kesian kat pasangan kita..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails