Tukang Ikut

Khamis, September 23, 2010

HIDUNG BERDARAH LAGI

Dah banyak kali dah hidung anak me yang sulung tu berdarah. Semalam jatuh masa main ngan adik dia darah keluar banyak sangat. Tapi cam biasa suruh dia baring melentang. Taknak bagi keluar banyak lagi. Pernah gak darah tu keluar tiba-tiba. Mungkin sebab badan panas. Dulu masa mula-mula keluar punyalah anak me takut. Menangis tak hingat. Sekarang rileks jer bagitau me hidung dia berdarah. Budak kecik kita taula selalu berdarah hidung. Kalau orang tua berdarah lagi tak. Kecuali yang kemalangan tu lain cerita la kan. Jom kita baca detail tentang hidung berdarah ni. Credit me kat Wikipedia


Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan. Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.

Punca
Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:
  1. Selsema
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. Alahan
  4. Menghembus nafas terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

Jenis-jenis
Kebanyakan masalah hidung berdarah boleh mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih menakutkan, kadangkala masalah sebegini boleh mengancam nyawa apabila darah keluar dengan terlalu banyak dan tidak henti-henti. Terdapat dua jenis hidung berdarah:
Hidung berdarah dari depan - Darah keluar dari bahagian depan hidung dan mengalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.
Hidung berdarah dari belakang - Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak. Tidak kiralah pesakit itu sedang berdiri ataupun bangun

Cara merawat
  • Hentikan hidung berdarah dengan cara:

  1. Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
  2. Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
  3. Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
  4. Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi.

  • Cegah hidung daripada berdarah semula:

  1. Jangan menghembus hidung.
  2. Jika hidung berasa kering dan berkerak, jangan korek. Nanti luka dan berdarah. Apa yang patut dilakukan ialah gunakan pelembap atau minyak bayi.

  • Berjumpa doktor

     Anda perlu memaklumkan kepada keluarga untuk berjumpa doktor sekiranya mengalami keadaan seperti:
  1. Darah hidung mengalir laju atau kehilangan banyak darah.
  2. Berasa hendak pitam atau pengsan.
p/s : Kalau tak baca tentang topik ni me pun tak tau..

10 ulasan:

  1. hidung baru je berdarah petang tadi kak..hurm..takut jugak..padahal hari ni sejuk hujan..badan pun rase sejuk..entah termasuk kategori sebab yg mane ni..

    BalasPadam
  2. lagi info tentang hidung berdarah di SIHAT SELALU - Hidung Berdarah

    BalasPadam
  3. misya..padam dalam badan kot..

    armouris...mekasih info..;)

    BalasPadam
  4. hohoho.nice info.thanks.wlaupun sy xpenah lg kne idung berdarah.hehehe~

    BalasPadam
  5. sizuka..sama2..credit tu wikipedia

    BalasPadam
  6. salam kak...awe Alhamdulillah tak pernah kena..tapi tengok kawan-kawan yang pernah kena..awe yang cuak..kalu awe yang kena..pengsan terus...takot..

    BalasPadam
  7. hawa..takut darah ek..me risau gak tgk anak me yg sulung ni..jgn jadi benda pelik2 dah.

    BalasPadam
  8. wahh. tak pernah merasa hidung berdarah laaaaa.

    BalasPadam
  9. tikus...me pun tak ingat pernah kena ker tak..huhu

    BalasPadam
  10. Weyy aku ase nk tdo la lps hdung kua darah

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails