Tragedi yang menggemparkan negara petang semalam sangat menyayat hati me. Kemalangan yang melibatkan 2 buah bas, 3 kereta dan sebuah van telah meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa dan lebih 40 cedera dalam insiden tersebut. Apakah puncanya ??? Berita melaporkan sebuah bas ekspres Delima dipercayai dipandu laju dan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan. Sangat ngeri. Berita penuh dari mStar Online
REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad. Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan. Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan.Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan penumpangnya selamat. Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti. Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua hala. - BERNAMA
p/s : Al-Fatihah
ya tuhan
BalasPadamngerinye jalan jauh ikut highway
berita kemlangan terburuk thn nie...
BalasPadamapiz..memang ngeri..:(
BalasPadamazhar..yup..
innalillah..minta dijauhkan pada kita yg hidup ini..dan sedekahkan fatihah untuk yg tiada..amin
BalasPadamngeri mmg ngeri lae... cam ner ler bas bleh melambung masuk laluan blah lain.. mesti laju n laju n laju kannn... innalillah.. alhamdulillah mak @ nenek aimaniman slamat tiba kat klang sentral.. tiba time samer gak 6-7 ptg tadie.. kalau ler.. isshhh takziah buat yg kehilangan yg tercayang n mama aimaniman x maapkan yg cuai tuer.. nyawe ooi..
BalasPadamade yg 2jam trsgkut kt highway...siap mati enjin n bukak hud kete sejukkn enjin..ade gak yg g lintas seberang g petronas mkn2..mmg sgt mggerikan..
BalasPadamone2paii...al fatihah
BalasPadamaimaniman...laju sangatla tu..ee..tak dapat nak bayangkan..kesian kat penumpang n mangsa2 lain. takziah
tanpa nama..sampai camtu ye. itula akibat kecuaian orang lain, orang lain yang jadi mangsa. tak amik iktibar..
Al-Fatihah..
BalasPadamtakziah kepada semua..
BalasPadamkuman "Raba-raba..." Entry
profhariz.....
BalasPadamkuman...:(
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamisu yg sedang hangat sekarang nie..
BalasPadamEntri terbaru ->Uninstall Software Dengan Bijak
paan..yup..sama2 kita berhati2 dan amik iktibar dari apa yang berlaku. jangan pentingkan diri sendiri sehingga menggadai nyawa orang lain.
BalasPadam
BalasPadam一夜i情聊天室
免費開放聊天室
午夜聊天室推薦
一對一性聊天室
視頻直播聊天室
夫妻秀聊天室
台灣真愛旅舍聊天室
夫妻視訊午夜聊天室
女性開放聊天室
成人免費視訊聊天室