Tukang Ikut

Isnin, November 15, 2010

LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI

Oh..tak cukup lagi ni. Emm..luka lama berdarah kembali..luka baru bertambah lagi. Sangat sakit kalau ada anggota badan kita yang tercedera kan. Tapi kalau dah tak rasa tu kena tetak ngan parang pun buat tak heran jer. Kalau ada pun terkejut beruk ja kot sebab gerun tengok parang tu berdarah. Ehh..tapi minta simpangla perkara-perkara buruk macam tu berlaku. Masuk hari ni entah berapa kali dah en suami jatuh. Jatuh masa nak naik atas kerusi roda ker, masuk kereta, keluar kereta, tutup kipas, dalam bilik air dan yang paling teruk sekali masa nak masuk bilik air. Bilik air kat umah ni takdela tinggi sangat. Cuma ada bendul yang perlu dilangkah. En suami kan naik kerusi roda so dia kena up la skit. Tapi tadi telebih up sampai dia tak boleh imbang badan dan akhirnya terjatuh. Rasanya teruk kot sebab masa me dengar tu kuat juga dia jatuh, Berdentum bunyinya. Tau-tau dah tergolek kat dapur. Lama gakla nak tunggu dia bangun. Bengong seketika.


Tapi apakan daya, nak p kerja punya pasal seret gakla kaki tu masuk bilik air. Hari ini sampai lambat skit kat tempat kerja. Kenapa me tak tolong? Sebenarnya en suami nak buat semua tu sendiri. Berdikari. Takmau me bantu dia. Sekurang-kurangnya me bleh buat kerja lain. Katanyala. Lagipun semangatnya nak bawa kereta sendiri tu la yang buat dia cuba untuk  berdikari. Ate..esok-esok dah bawak kereta takkan me nak kena ikut kot. Serupa juga me yang hantar amik p balikkan. Emm..Luka yang berdarah tu mungkinla tak rasa, tapi sakit akibat jatuh tu tak tertanggung rasanya.

p/s : semoga dirimu terus tabah...:''(

28 ulasan:

  1. aduh sakitnya jatuh.. semoga en.suami terus tabah juga..

    BalasPadam
  2. hanis...sangat sakit. sampai sekarang dok rasa lagi...

    izan...insyaallah..;) mekasih izan

    BalasPadam
  3. aesya..selalu berhati2..tapi tersangkut gak...;)

    gadis kg..jangan kesian pls...

    BalasPadam
  4. akak, bgtahu abg akak, kalau jatuh dari kerusi roda, jgn panik.. kat tepi tayar tu ade palang yg boleh pegang.. time jatuh tu relakan diri tuk jatuh,cube ringankan badan, pastikan tgn pegang palang berhampiran dgn tayar, dan kepala diangkat ke atas.. insyaAlalh xkan sakit, sebab kerusi roda mmg dibuat khas untuk org yg sepenuhnya bergantung pd kerusi roda dan telah disediakan tmpt tuk berpaut ktk jatuh, jgn panik jerk.. handle untuk tolak kerusi roda tu akan menghalang badan terkena lantai..

    ade x kak di sana bengkel untuk pesakit yg menggunakan kerusi roda.. kat sini hospital buat..

    BalasPadam
  5. alahai kesiannya... ni la dikatakan sudah jatuh bertimpa2 pulak

    BalasPadam
  6. Salam...

    Semoga encik suami terus tabah... Ustaz Love doakan semoga beliau cepat sembuh..

    BalasPadam
  7. lady..kat sini p fisio jer. ader dia ajar imbang badan tapi suami dari paras dada. so imbangan tak berapa sangat..lagi satu nak p mandi pakai commode wheeelchair.

    lekat..ye..he..;)

    ustaz..mekasih ustaz..;)

    BalasPadam
  8. gua sentiasa ghairah baca entire saing-saing walaupun berdarah. haha

    BalasPadam
  9. fatiah..mekasih..=)

    james..tak paham..hehe..

    BalasPadam
  10. semoga cepat sembuh yer...bahaya tu. be more alert in future.

    BalasPadam
  11. budak kechik...yer..insyaallah...mekasih..;)

    BalasPadam
  12. harap akn lebih hati2 lepas nie...takut nnti teruk lak jd..hope encik suami cpt sembuh..:)

    BalasPadam
  13. yuni..tu la pasal..ye....mekasih..;)

    BalasPadam
  14. Wah ada apa kok luka lama berdarah kembali....
    kyk lagunya coklat aja luka lama, hehehehe....
    Salam kenal sob dan berkunjung.....

    BalasPadam
  15. agoen..baca sampai baru tahu koknya..hehe..salam kenal juga..

    BalasPadam
  16. owh sori...kalau selama nih aku tak tahu kalau hubby fiq guna kerusi roda.i hope dia punya semangat yang cukup kuat n utk fiq jugak.

    BalasPadam
  17. biskt..oh..its ok...mekasih atas sokongan semua...;)

    BalasPadam
  18. semoga suami akak terus cekal.. teruskan berusaha. nanti lama2 dia kan berjaya imbang diri kak

    BalasPadam
  19. ain..mekasih..kalu kita tau rasanya camna tentu tau susah senang mereka2 ni nak buat bg bolehkan..hmmm

    BalasPadam
  20. semoga berbahgia dan tabah menghadapi hidup

    BalasPadam
  21. salam..sorry xfollow sebelum ni..incik suami tu sakit pe..xpe2..sy doakan die cepat sembuh ek..amin.....

    BalasPadam
  22. amir..mekasih...;)

    haidi...paralysed...mekasih..amin..;)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails