Tukang Ikut

Selasa, November 16, 2010

MARATHON PAGI

Pagi ni me dah sertai satu marathon yang entah sapa-sapa anjurkan. Tau-tau penuh dah kat pasar. Marathon kat pasar? Aah..serius tau hari ni kelam kabut berebut dengan orang ramai nak beli dagingla, ayamla, santanla, kerisik, daun kunyit, serai..dan yang seangkatan dengannya. Dulu sebelum kahwin mak bapak jer sibuk. Kita tolong siapkan bahan-bahan yang memang dah sedia ada. Takpun bila balik kampung dah tentu semuanya dah settle. Tak tahu lak rupa-rupanya mereka juga mengalami situasi sama. Cuma bagi yang dah biasa tu senang skitla. Kita yang tak tahu dah ke hulu ke hilir mencari apa yang nak di beli. Bahagian jualan kelapa parut, santan dan kerisik penuh sampai kena beratur. Ada dua kedai. Dua-dua beratur panjang. Dah tu pulak santan naik harga. Selalu Rm 6 sekilo. Semalam Rm 7. Hari ni naik lagi Rm 8. Apa kes.


Wah..rasanya abih dah semua ayam, daging kat pasar tu bila tiba hari raya ni kan. Daun palas pun me tengok dah abih. Awalnya depa datang. Sangat pantas. Em..kepada anak-anak kat luar sana tolong-tolongla ibu bapa kat  umah tu. Kesian kat depa dok sibuk masak dan cari barang untuk persiapan hari raya ni. Esok-esok tiba masa kita bekeluarga sekurang-kurangnya dah tau cara mana nak handle. Jangan tau melahap ja.


p/s : eh..pakcik tu beli kepala lembula...dia nak masak apa ek...?

21 ulasan:

  1. maso nilah peniaga amik kesempatan main harga..gilo la diorg nih..
    agak² lah kalau nak g haji cepat pun

    BalasPadam
  2. apek..entah..dasat betui naik harga..tak sampai 2-3 hari...nak untung punya pasai..

    BalasPadam
  3. depa pon ada traffic peningkatan permintaan,so secara autonya harga juga harus dinaikan.depa tau owank ramai kebanyakan tiada pilihan.terpaksa dan terdesak gitu.napa tak dapatkan santan serbuk jer kat supermarket...

    BalasPadam
  4. nak tak nak kene beli walau mahal... ada plak kuah lontong gune susu cair nnt... heee

    BalasPadam
  5. tak semenggah nye penjual kasi naik harga, pakai susu cair jelah kak heheh

    BalasPadam
  6. biskut..trafic..hehe..betui gakkan..santan serbuk tak sedap..

    hairul..ayo..resepi baru tu..hehe

    baz..tak biasa guna..kang jadi lain lak..takperla..untuk raya ni jer..)

    BalasPadam
  7. peh, pak cik tuh g beli kpale lembu watpe ek? nk mkn otak eah? eiii...

    BalasPadam
  8. hehe cam best je marathon dekat pasar

    BalasPadam
  9. atirah..siyes me nampak dia beli kepala lembu tu. siap ada tanduk lagi..nak buat sup tulang kaw punyer kot..huhu

    freaky..best sesangat..he..;)

    BalasPadam
  10. hehehe..trafik jem penuh nga keta..semua keta penuh nga barang..

    BalasPadam
  11. slamat hari raya aidiladha...

    BalasPadam
  12. Salam AidilAdha utk tuan blog sekeluarga :)

    BalasPadam
  13. dtg menyibuk gak.. salam berkorban. :D

    BalasPadam
  14. salam, aidiladha, nk jerit kat jerit campuran xlehlaa, so jerit kat cni jalah,, follow me bck =)

    BalasPadam
  15. apik..sesak2..jem2..

    azhar..selamat hari raya gak

    matdin...;)

    BalasPadam
  16. pirate.. slm aidiladha gak..;)

    zuanxi..salam aisiladha..

    l..SB xleh guna gak tadi..salam aidiladha gak..;)

    BalasPadam
  17. ehehhehee....naseb harini dpt daging byk kilo..salam aidiladha sis..

    BalasPadam
  18. wah...maraton ya sis..sis sori..tenet kembali gle..huhu...

    BalasPadam
  19. panjat pokok kelapa amik nyok tua senang.. :P

    BalasPadam
  20. mia..salam aidiladha gak...;)

    ifa..hehe..maraton2..akak pun 2-3 ari ni slow..awat ek

    diary.. pokok kelapa takdak cek..;)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails