Tukang Ikut

Selasa, Disember 07, 2010

SELUAR BANTU PESAKIT LUMPUH BERJALAN SEMULA

Ini berita semalam dari Berita Harian. Me tak baca pun. Hari ni jer terjumpa dalam Berita Harian Online. Sebab hari-hari me baca paper Kosmo jer. Em..Agak-agak nyer kan dah  berapa banyak ciptaan yang di reka oleh bijak pandai ni untuk kemudahan orang yang lumpuh dan berapa ramai pula yang telah memiliki dan menggunakannya. Wah...macam la benda tu murah sangat kan. Dah tentu sangat mahal. Kalau betul-betul nak juga kena p buat loan la jawabnya. Hari tu dalam paper Kosmo cerita pasal ciptaan kaki robot. Harganya mak ai..RM 400 ribu lebih. Yang ni seluar pula. Agak-agak baper hinggit yer. Boleh tolong simpankan kat me satu tak. Nak beli ni. Sungguh. Nanti dah cukup duit tabung me bayar. Takpun me bayar ansur-ansur boleh tak...lalala. Jom baca berita penuh tentang seluar yang hebat ni. 


"LONDON: Seorang ahli perniagaan Israel, Amit Goffer, berjaya mencipta seluar khas dikenali sebagai 'seluar robot berjalan' yang boleh membantu pesakit lumpuh berjalan semula. Goffer yang lumpuh separas pinggang selepas terbabit dalam nahas kereta pada 1997, berusaha menghasilkan seluar itu yang menggunakan pengimbas dan alat khas bagi membantu pesakit lumpuh berdiri dan bergerak dengan bantuan topang. “Penggunaan seluar ini secara berterusan mampu mencegah komplikasi yang biasa berlaku di kalangan pesakit lumpuh termasuk luka akibat tekanan, kegagalan mengawal kencing, masalah penghadaman dan tekanan jantung,” katanya yang menambah kos menghasilkan seluar itu kira-kira AS$100,000 (RM314,100). – Agensi"

oh..ni yang kaki robot tu..


Err...ratus riban beb. Mana nak cari duit banyak tuh. Minta maafla. Tak cukup duitnya. Baik simpan untuk pelajaran anak-anak dan masa depan. Insyaallah. Selagi en suami punya semangat, dengan kerusi roda pun takper  untuk meneruskan kehidupan. 

p/s : lain kali nak cipta tu buat ikut kemampuan pembeli boleh tak..

4 ulasan:

  1. mahal giler.. Apapun semangat itu adalah penawar seagala penyakit. Keajaiban tak mustahil jika semangat kental

    BalasPadam
  2. menarik. :)

    setuju dgn THE LEKAT LEKIT STORY.

    BalasPadam
  3. tu la.. bila agaknya benda camni nak murah ea? kena tunggu sendiri buat jugak kot.

    BalasPadam
  4. lekat..betul tu..teringat kata doktor cerita tentang keajaiban 1 dalam sejuta...;)

    adam..sangat menarik..tapi tak mampu..

    asada..kalau ada murah me tempah dulu la jawabnya...hehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails