Tukang Ikut

Rabu, Disember 01, 2010

UMUR 7 TAHUN SUDAH DI AJAR PENDIDIKAN SEKS

PUTRAJAYA: Kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mulai Januari depan. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks itu akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan, di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu hingga Tiga. “Pengetahuan mengenai pendidikan seks itu mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan,” katanya. Julaihi berkata, enam tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.


“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri. “Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini. Julaihi berkata, keputusan menjadikan pendidikan seks sebagai pengisian utama subjek Pendidikan Kesihatan diambil selepas mengambil kira maklum balas dan pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Aids Malaysia menerusi perbincangan meja bulat yang diadakan bagi memastikan kurikulum yang dibentuk memenuhi keperluan semasa pendidikan negara. Beliau berkata, guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan sudah diberi kursus, manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi memudahkan murid mengikutinya, tahun depan. “Kita amat berharap ibu bapa tidak bimbang dengan perkembangan terbaru ini, malah kita sendiri akui apa saja perkara baru membabitkan dasar atau kurikulum pasti ada yang sukar menerima dan memahaminya. “Apapun, kita yakin jika pelaksanaannya (pendidikan seks) dapat dijalankan dengan baik dan lancar, masyarakat khususnya ibu bapa pasti memberi sokongan dan kerjasama terhadap pembaharuan ini,” katanya. Berita selanjutnya di sini 


Apa kata anda? Jangan esok masa anak-anak balik dari sekolah mereka tanya soalan-soalan cepumas kat kita. Tak dapat bayangkan. Moga-moga apa yang diperkenalkan ini juga memberi manfaat dalam mengatasi kes-kes seperti rogol, khalwat, buang anak dan segala macam yang tidak elok. 

p/s : tarik nafasssss..lepas..pikir positif...( agak-agak paham ke bebudak ni benda-benda camni )

26 ulasan:

  1. bayang dorang tya n buat practikal sekali..huhu basuh berak pon tak reti lagi..apa salahnya kalau ajar agama ke kan lagi relevan.

    nty takpasal bertambah cawangan sekolah termengandung..huhu

    sokong entry nih : BARU DARJAH SATU DAH PANDAI BER-SEKS

    BalasPadam
  2. poning la mak bapak...blk skulah yo tanya mcm..kito la malu blk..ekekek

    BalasPadam
  3. harap2 perkara yang diajar, bermanfaat, bukannya membuatkan budak2 lg cepat belajar mende xelok..huhu

    BalasPadam
  4. cil liyana..praktikal?..jangan..esok nak masuk bilik pun segan..haha

    apek..entah..budak2 ni dahla lurus bendul lak..err

    aliesha..betul tu..selalunyer benda tak elok ni la yang depa cepat tangkap..emm;)

    BalasPadam
  5. ah sudah..my gegurl yg byk tanya n my boboy yg malu2 kucing tu akn blaja seks taun depn..kenapa putrajaya dulu?..

    dah le derang xcited nk masuk drjh 1..mesti balik umah akn ade soklan2 susulan..oucthhh...

    BalasPadam
  6. harap2 pendidikan yg diberi itu memberi kesan positif pada anak-anak kita.

    BalasPadam
  7. kalau dulu dulu xada pun skang jer ada...isk isk isk...adik aku nnti kena belajar la mende2 ni xsanggupnyer

    BalasPadam
  8. zai..betui tu..budak2 banyak tanya..nak tahu katakan..aiii..

    hanis..yer..kesan positif yang kita harapkan..

    liz..sekarang macam2 ada...huhu..

    BalasPadam
  9. btoi ke nk diajar tntg sex ni.tkt mkin bnyk kes rogol je nnt.

    BalasPadam
  10. rasanya xdela sampai diajar cr2 nak buat..
    bg lady perlu kot :(..
    sebab budak2 kdg2 tidak tahu ape yg mreka buat tu salah.. bila dah besar baru tahu apa yg mereka buat sekadar suka2 tu salah dan merupakan dosa besar..

    Pendidikan agama perlu dititikberatkan lagi supaya ia seimbang.. kerana pengaruh persekitaran terlalu hebat sekarang..

    BalasPadam
  11. salam,
    bagi sab elok diberi kpd umum atau ibu bapa segala skop yg bakal diajar kpd anak2.
    sbb nama pun sex education,pasti ibu bapa tertanya2 apakah yg bakal diajar...
    jika mmg relevan, okay je.
    tapi bgi pendapat sab, ada baiknya jika muslim menambah baikkan teras agama dan yg lain nilai2 murni yg perlu dikukuhkan lagi diajar dgn serius bkn krn untuk skor tetapi menanam sikap yg baik dlm diri masing2 termasuk sab sendiri.

    BalasPadam
  12. suzie..minta di jauhkan perkara yang buruk berlaku..think positive.. ;)

    lady..em..pendidikan agama kena dititik beratkan lagi. Biar ia seiring dah tidak melampaui batasan... ;)

    BalasPadam
  13. sabri..betul tu. sekurang2 kurangnya ibu bapa tahu apa yang dipelajari oleh anak di sekolah dan dengan ini boleh mengawal mana yang patut. Yang penting seperti kata semua, pendidikan islam itulah teras yang paling baik untuk mengiringi perjalanan mereka supaya tidak melencong ke lain.

    BalasPadam
  14. byk pro and contra..
    semoga ibu bapa dpt mengutip yg positif ^^

    ada something utk fiq-->special utk awak ^^

    BalasPadam
  15. haha~tu la gov,..mereka beri teori,..tapi bdk2 buat amali,..tak ke payah naty,..?

    BalasPadam
  16. anamizu..mie..semoga semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.. ;)

    BalasPadam
  17. dari satu sudut nampak ada relevan..tapi dari sudut lagi.........aduhai..tak tau nak cakap macam mana..

    BalasPadam
  18. tak kan ajar teori ja?..nanti murid mintak cikgu bagi contoh (sensored) mau gelabau dibuatnya...apa-pun ada pro n contra juga..

    BalasPadam
  19. Pasti yang diajar adalah yang bersesuaian dengan umor kanak-kanak tu...Ia baik untuk mengelakkan kanak-kanak itu dari dicabul sebab kanak-kanak tau apabila seseorang melakukan perbuatan itu pada mereka.

    BalasPadam
  20. bagi lady kan kak fiq, memang pendidikan agama memang perlu diutamakan lgi.. tetapi dengan pengaruh persekitaran, ibu bapa sendiri yg memang sukar tuk memberi kerjasama dengan "pendidikan agama" bg mereka cukup sekadar mengajar mengaji dan solat, pengaruh media elektronik, menyukarkan Pendidikan agama berkesan membendung gejala ini. Nak x nak kerajaan ambik inisiatif lain..

    ape yg lady tahu, pendidikan seks ni bukan mengajar mereka membuat seks, atau mengajar melakukan seks secara selamat.. tetapi apa itu seks.. bukan menjurus kpd sek2 semata2.. perhubungan sesama manusia.. bende2 asas yg dipandang remeh..

    lady setuju dengan pengkomen yg kat atas tu, sylibus perlu diberikan kpd ibu bapa pd peringkat permulaan supaya ibu bapa tahu apa yg diajar dan bersedia.. moga2 ade org2 kementerian yg membaca isu ini dan mengupasnya nanti..

    BalasPadam
  21. pendidikan seks yang diajar itu masih belum mencapai status yang mana budak2 perlu kenal lebih dari tahap dowang.dont wori ok..its good.tapi semua bergantung pada pendidik itu sendiri dalam menjelaskan suatu perkara pada anak muridnya.

    BalasPadam
  22. xperlu pendidikan seks ni. pengajian agama islam patutnye diutamakan
    kecewa bile pendidikan islam xde dlm UPSR.cm nmpk sgt nk bg budak2 lani bodoh dlm agame. xyah blaja betol2 pon xpe. bkn masuk UPSR pon

    BalasPadam
  23. harap byk yg positif..jika lg merumitkan baik dibatalkan saja..perkemaskan silibus pendidikan islam..itu yg sebaiknya..

    BalasPadam
  24. mekasih emiey,rafina,nuraz,melati,lady,biskut,wan,kalam...atas komen. subjek kesihatan yang merisaukan ibu bapa tentang baik dan buruknya apabila ia diperkenalkan. seperti kata kawan-kawan subjek agama itu perlu lebih dititikberatkan lagi supaya menjadi batas kawalan tingkahlaku sumbang yang rata-rata semua tahu semakin meruncing. apatah lagi dengan subjek yang bakal diketengahkan ini. ada yang pikir positif sebagai pendedahan awal dan mengelakkan serangan seksual. ada yg pikir negatif sebab risau anak2 yg mentah ini salah arah. semoga kerajaan dapat seimbangkan rancangan ini dengan pendidikan agama yang menjadi asas tunjang kehidupan kita sebagai manusia terutama yang beragama islam.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails