Tukang Ikut

Selasa, April 27, 2010

Mahu Kelihatan Cantik

Dah makin menginjak usia ni risau lak muka mula nak berkedut sana sini. Mula la nak cuba macam-macam produk. Bagi mereka yang sememangnya kaki melawa, bab-bab ni dari umur belasan pun depa dah guna macam-macam produk kecantikan. Dari pencuci muka, toner, krim-krim semua tu serta alat make up. Macam anak sedara ibu..umur baru belasan tahun tapi bila bab bergaya bukan main. Dengan mascara nya, eye shadow nya, lipstick. Eh…tak rosak ker muka kalau pakai awal-awal. 

Ibu jenis yang simple. Setakat bedak tambah lip gloss..jalan. Ha..sekarang ni ingat nak pakai bio essence face lifting cream. Bagi muka tu kurus skit. Bukan aper..sekarang ni comel dah. Nak bagi lagi comel jer lagi….huhu.Aderhati. Ape lagi agaknya produk yang korang rasa baik untuk muka dan member kesan yang korang inginkan. Lelaki ker pompuan ker mesti semua pun jaga muka kan. Jom kongsi-kongsi pengalaman. Setakat ni ibu guna Safi Rania jer. Bagus gak produk ni. Tapi tu la manusia. Tak puas dengan satu-satu benda. Dah cantik nak lagi cantik. Tapi ibu ni takla cantik mana…huhu. Tu yang ingat nak pakai produk bio essence bagi kurus muka lak. Ingat badan jer ker kena kurus. Muka pun mesti kena ada bentuk. Cam muda-muda dulu…huhu 

8 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails