Tukang Ikut

Selasa, April 27, 2010

Ku Buncit Kau Buncit

2 CERITA BERBEZA
Ha...mana nak tahan kalau perut dah mula membuncit. Buncit sebab buatan orang kadang-kadang nampak lawa (mengandung). Kalau buncit lain...alamak..nak pakai baju yag fit pun nampak segan. Spare tyre 2-3 lapis...huhuhu. Bagi orang yang berkahwin lagi la cepat nak membuncit and mengembang. Awat yer..bahagia kata depa. Air tangan bini. Tapi sekarang ni orang belum kawin tak kira la laki or perempuan pun dah mula risau sebab perut mereka yang selama ni slim melim dah tak lawa. Nak pakai seluar pun dah tak leh nak kancing butang. Wah..masalah besar. Tapi taktau cara nak bagi elok balik. Jom kita berkongsi tips. 



Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.
Minum Banyak Air 
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.
Mengurang Pengambilan Garam
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.
Makan perlahan-lahan
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.
Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.
Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.
Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

p/s : sambil-sambil tu blehla guna losyen mengempis perut yang banyak terdapat di pasaran..( ai..losyen ni mujarap ke x..berbulan2 pakai tak jalan pun...huhuhu)

4 ulasan:

  1. Hai post kita lebih kurang http://www.raracandyfloss.com/2010/04/tips-hilangkan-perut-buncit-dengan-segera.html

    Hehehehehe

    BalasPadam
  2. huhu..pompuan pregy buncit 9bln je..pastu slim blk..walaupun tak slim mcm b4 pregy.kalau laki yg buncit susah nk slim blk.. :p

    BalasPadam
  3. slim tak slim sangatla..kalu dibiar nampak cam pregnant 3 bln jer. tu yg kena rajin bertungku kan

    BalasPadam
  4. hahahah...
    saye ade 1 entry preggy..
    http://namakuaiza.blogspot.com/2010/02/ape-rasenye-bile-kite-pregnant-ek.html
    hihihih...
    comel..

    maseh dtg blog saye k..
    silela dtg lg..
    follow awk!

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails